expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

suka blog ini?

Thursday 11 July 2013

NUTRISI UNTUK KEHAMILAN & PENYUSUAN SUSU IBU YG SIHAT

Nutrisi yang baik memainkan peranan penting dalam proses kehamilan dan bayi yang bakal lahir. Dalam tempoh kehamilan dan penyusuan susu ibu atau badan, tubuh memerlukan lebih banyak nutrisi untuk menyokong kesihatan dan kesejahteraan bayi dan juga ibu. Di sini terdapat beberapa nutrisi penting yang diperlukan bagi menyokong kehamilan dan penyusuan susu ibu yang sihat.


PROTEIN

Protein diperlukan untuk pertumbuhan fizikal dan pembinaan sel bayi anda. Ia juga diperlukan oleh plasenta, tisu-tisu amnion, tisu-tisu keibuan dan penghasilan susu ibu. Jelasnya, kehamilan dan penyusuan susu ibu memerlukan kehadiran protein. Jadi, amatlah disyorkan untuk menambah sumber protein sihat di dalam diet harian anda.

ASID FOLIK (FOLATE)

Pengambilan folate (asid folik) yang mencukupi bukan hanya penting bagi memastikan pembentukan otak dan saraf tunjang fetus yang sempurna, bahkan ia turut membantu dalam mencegah kecacatan semasa kelahiran seperti spina bifida. Pengambilan asid folik yang optimum perlu diambil secara berterusan di sepanjang tempoh kehamilan dan juga dalam siet setiap wanita yang masih subur.

KALSIUM

Kandungan kalsium yang mencukupi di dalam diet anda lebih-lebih lagi semasa tempoh kehamilan, akan dapat memastikan bayi yang bakal dilahirkan mempunyai tulang dan gigi yang sihat tanpa menggugat kandungan kalsium yang sedia ada di dalam tubuh anda. Kalsium juga membantu untuk menghalang kekejangan otot yang dialami dalam tempoh kehamilan dan kontraksi yang berlaku di saat melahirkan. Pengambilan kalsium yang teratur boleh diperolehi melalui pengambilan produk tenusu dan sayur-sayuran hijau (seperti kubis) atau dengan pemngambilan kalsium tambahan.

ASID LEMAK OMEGA 3

Asid lemak omega 3 juga dikenali sebagi DHA yang diperlukan dalam pembinaan otak dan retina bayi. Ikan laut dalam (coldwater) seperti ikan salmon dan ikan tenggiri, kaya dengan sumber asid lemak omega 3 tetapi anda disyorkan untuk mengambil tidak lebih daripada dua bahagian seminggu kerana kandungan merkurinya yang tinggi. Jadi, supplemen ultra tulen minyak ikan omega 3 merupakan alternatif terbaik untuk menggantikannya.



jom dapatkan sekarang.....



untuk pertanyaan,konsultasi & pesanan boleh hubungi 




No comments:

Post a Comment