expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

suka blog ini?

Friday, 19 July 2013

Makanan untuk tambah susu

Makanan semulajadi untuk tambah susu

Menjadi lumrah bagi ibu-ibu yang menyusukan anaknya untuk mendapatkan susu perahan yang banyak, terutama bagi yang bekerja. Lebih2 lagi sekarang ni kita makin menghampiri Ramadhan… jadi makin giatlah aktiviti pengumpulan susu ini di kalangan ibu-ibu.

Bagi saya, set penyusuan (diambil bersama Energizing Soy Protein dan Performance Drink) amatlah membantu untuk ‘memperkasakan’ penghasilan susu ibu, tambah2 semasa berpuasa. Namun, ibu2 walaupun mengambil set penyusuan ni sebenarnya masih boleh mengambil apa saja milk booster yang ada di luar sana. Antara makanan penambah susu yang boleh didapati secara semulajadi ialah:



Meskipun dalam set penyusuan tu ada pil alfalfa, tapi tak salah kalo nak makan daun alfalfa… tapi kat Malaysia ni saya biasa jumpa orang jual daun alfalfa untuk haiwan ternakan (alfalfa sangat bagus untuk binatang ternakan!). Kalau kat supermarket yang ada ‘alfalfa sprout’ atau yang jenis cambah tu. Belasah ajelah belalang.


Halba atau juga dikenali sebagai fenugreek merupakan milk booster yang agak terkenal di kalangan ibu2 di negara kita. Halba biasanya digunakan dalam masakan. Ada juga halba dihasilkan dalam bentuk pil yang.


Jintan ni sama dengan halba di atas, biasanya digunakan dalam masakan. Jadi tak hairanlah kalau lepas makan kari, kilang susu rasa penuh saja :)


Kurma membekalkan kalori segera, amat sesuai untuk ibu menyusu kerana ibu menyusu memerlukan extra kalori.


Khasiat susu tidak dapat dinafikan lagi. Ibu perlu minum susu untuk menghasilkan susu… mungkin ideal kerana bukan sahaja memberi kebaikan kepada susu ibu, malah juga menjaga tubuh ibu dengan membekalkan protin, kalsium dan berbagai jenis vitamin dan galian perlu.


Keju yang tinggi kandungan zat, sama seperti susu membekalkan protein, kalsium dan vitamin serta mineral perlu. Keju seperti juga susu dan produk tenusu lain, ia mudah diserap oleh tubuh. Jadi tak hairan kalau lepas makan keju, terasa ‘berat’ saja kilang susunya ;)


Tempe yang dibuat dari kacang soya adalah tinggi kandungan protein. Ia bukan saja membantu membanyakkan malah memekatkan susu.


Sayuran hijau seperti kucai, sawi, dan sebagainya membekalkan vitamin B perlu terutama asid folik yang penting dalam penyusuan susu ibu.


Lobak putih mengandungi vitamin C melebihi buah-buahan, serta serat yang tinggi. Kedua-duanya membantu dalam penghasilan susu ibu, dan juga memperbaiki sistem imuniti tubuh ibu.

Dan banyak lagi makanan yang boleh membantu dalam menambah susu ibu. Walau bagaimana pun, semua usaha harus disertai dengan ilmu pengetahun dalam bidang penyusuan.

KERAP MENGEPAM – setiap hari sekiurang-kurangnya 2-3 jam sekali, terutama ketika bayi tiada bersama.

Doa membanyakkan susu ibu:


Zikir-zikir untuk membanyakkan susu ibu seperti YA MATIIN, Selawat dan sebagainya.

Dan ibu-ibu hendaklah selalu bertaubat, bersedekah, membersihkan hati dan berbaik sangka dengan si pemberi rezeki.

Kalau dah banyak sangat penambah susu, perlu lagi kah ambil set penyusuan? YA! Set penyusuan BUKAN SEMATA-MATA UNTUK MEMBANYAKKAN SUSU, tapi memberi tenaga, kurangkan kelesuan, mengurangkan stress dan membahagiakan ibu… ibu gembira keluarga bahagia ;)

credit to http://permatacintaku.blogspot.com

Hubungi saya untuk mendapatkan set penyusuan, khas untuk anda. 

Tips eksklusif dan cara pemakanan akan diberikan kepada mereka yang membeli dengan saya sahaja.

Sms/whatsapp 0125305977

No comments:

Post a Comment