BUASIR
Penyakit
 buasir ni atau Hemmoroid iaitu penyakit yang boleh terjadi dibahagian 
dubur. Ia terjadi bila saluran darah venus (veins) yang mengembang dan 
bengkak di sekitar dubur (rektum dan anus). Ada dua jenis buasir yang 
utama iaitu :
Buasir Luar. Ia
 berlaku di bawah kulit, betul-betul di luar pembukaan dubur. Ia mungkin
 akan menyebabkan sakit dan rasa gatal, terutamanya semasa pembuangan 
air besar. Buasir jenis ini agak lembut (jika dipegang dengan tangan). 
Ia selalunya berbentuk bulat, berwarna purple. 
Buasir Dalam. Buasir
 jenis ini berlaku di bahagian dalam rektum. Selalunya buasir jenis ini 
tidak sakit. Penderita buasir jenis ini hanya akan menyedari masalah 
yang menimpanya bila terdapat darah yang keluar dari duburnya.
FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB BUASIR
1. Regangan yg optimum/terlampau semasa pergerakan usus atau dalam bahasa mudahnya perut korang rasa macam dipulas-pulas.
2. Cirit birit kronik. memang selalu keluar masuk tandas.
3. Kurangnya pengambilan makanan berserat dalam diet harian seperti sayur dan buah-buahan dan antara faktor- faktor lain adalah;
SIMPTOM-SIMPTOM PENYAKIT BUASIR
1. Rasa sakit yang berdenyut-denyut , rasa gatal pada lubang dubur.
2. Pendarahan  berlaku selepas dan sebelum membuang air besar dan rasa kepanasan di situ.
3.Sukar untuk membuang air besar dan rasa tidak selesa pada bahagian dubur apabila berdiri lama atau bertinggung.
4.Kesakitan pada bahagian dubur menyebabkan pesakit akan mengalami perubahan di dalam corak membuang air besar.
5. Darah menitis dan tersembur keluar dari saluran dubur.
6. Dalam tempoh pendarahan ini, pesakit itu boleh mengalami kekurangan darah.
7. Ada yang tidak mengalami pendarahan, tetapi dikenali sebagai pembengkakan dubur.
Jika ada tanda-tanda penyakit buasir seperti yang dinyatakan, pesakit perlu memahami keadaan penyakit jika ingin mendapatkan ubat bagi merawat buasir. Namun demikian, sekiranya terdapat tanda-tanda tambahan seperti pendarahan, najis atau cairan terkeluar dengan sendirinya tanpa disedari, penyakit buasir yang terjadi berulangkali atau buasir yang tidak sembuh melalui pengubatan sendiri selepas seminggu, maka pesakit perlulah mendapatkan rawatan lanjut daripada doktor pakar. Ini kerana kemungkinan terdapat penyakit-penyakit yang lebih serius yang diakibatkan oleh buasir tersebut termasuklah:
b.  Luka pada saluran dubur yang disebabkan oleh nanah yang bocor. 
c.  Kanser pada bahagian dubur yang dicirikan juga dengan sembelit, pendarahan dan kesakitan pada kawasan dubur. 
d.  Ketumbuhan pada kawasan dubur.
Buasir
 ni ada 4 peringkat, jika ada tanda-tanda macam kat bawah ni, korang 
boleh jumpa Doktor cepat-cepat untuk mengelakkan berlarutan ;
Tahap 1
Berlaku pendarahan dan bengkak menonjol keluar.
Tahap 2
Disebabkan oleh pergerakan usus, bengkak akan keluar tetapi secara spontan akan masuk balik kat dubur tu.
Tahap 3
Keadaan yang sama seperti tahap dua, 
tetapi bengkak tersebut akan hanya berada di dalam setelah ditolak masuk
 secara fizikal, maknanya korang kena la tolak guna jari,memang sakitlah
 sikit.sebaiknya gunakan Minyak But but  keluaran HPA dan lain- lain. 
Tahap 4:
Darah pekat keluar, menyebabkan rasa 
sakit dan susah untuk meneran. Buasir akan berada di luar kawasan dubur.
 Memang sakit dan perlu  dibedah kalau dah macam nie.

KOMPLIKASI
Komplikasi yang terjadi akibat dari buasir jarang dilihat tetapi ia boleh terjadi dan ia merangkumi:
- Anemia : Kehilangan darah yang sangat banyak akan menyebabkan anemia(kurang darah merah).Oleh sebab itu kita akan cepat merasa letih dan lemah-lemah badan .
 - Dalam sesetengah keadaan pesakit mengalami sakit yang teruk hingga menyebabkan tisu mati atau rosak(gangrene) .
 
ADAKAH BUASIR PENYAKIT KETURUNAN?
Tidak ada bukti yang sahih menyatakan 
bahawa buasir adalah penyakit yang diwarisi. Bagaimanapun ada keluarga 
yang nampaknya lebih cenderung menghidap penyakit ini berbanding 
keluarga lain. Ini berlaku mungkin kerana pemakanan yang diamalkan oleh 
sesebuah keluarga tersebut.
ADAKAH BUASIR PENYEBAB KANSER?
Buasir
 tidak menyebabkan kanser atau bertukar menjadi kanser. Haruslah diingat
 bahawa pendarahan di bahagian dubur mungkin bukan disebabkan oleh 
buasir sahaja. Pendarahan mungkin adalah sebagai tanda awal penyakit 
kanser usus. Adalah sangat mustahak untuk anda membuat pemeriksaan 
lanjut sekiranya berlaku pendarahan di bahagian dubur anda, atau bila 
anda mendapati najis anda menjadi merah atau hitam (darah telah 
bercampur dengan najis).
PENCEGAHAN
Pemakanan yang sihat
Pemakanan yang sihat terutamanya yang mengandungi serat yang tinggi akan mengurangkan risiko berlakunya sembelit. 
Pengambilan ubat laxative 
Ubat laxative terutamanya bulk laxative
 bertindak sama seperti pengambilan serat yang tinggi. Ia akan 
memudahkan pembuangan air besar tanpa perlu melakukan teranan yang kuat.
Senaman
Senaman yang kerap dan berjadual akan 
memberikan "tone" yang sihat kepada otot-otot yang berkaitan. Ini 
mengurangkan lagi risiko menghidap buasir. 
CADANGAN VITAMIN UNTUK MASALAH BUASIR
Beberapa cadangan supplement disarankan untuk membantu masalah buasir andA. Antaranya ialah:
OSTEMATRIX :
bantu mengurangkan SEMBELIT dan melancarkan PEMBUANGAN AIR BESAR serta memberi keselesaan kepada anda apabila mengalami luka di bahagian dubur.OMEGA GUARD :
Baik untuk sendi/otot…Pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit. Jadi, OMEGA membantu untuk MENGECUTKAN OTOT yang bengkak tersebut.ZINC COMPLEX :
Disarankan kepada pesakit buasir yang tahapnya lebih tinggi seperti keluar najis bersama darah dan membuang air besar dengan rasa yang sangat perit. ZINC COMPLEX membantu MENYEMBUHKAN LUKA di bahagian dalam dubur dengan lebih cepat.jom kita cegah buasir dari terus merebak ke tahap yang lebih teruk!!!
sumber : http://www.mamaworld-collections.com
untuk pertanyaan,konsultasi & pesanan boleh hubungi 
SHAKLEE ID : 964123
sms/whatsapp : 0125305977
Email : mala_ihsan@yahoo.com
fb : https://www.facebook.com/normala.othman.98?ref=tn_tnmn
fb page : https://www.facebook.com/SecretForHealthy?hc_location=timeline
fb page : https://www.facebook.com/SafiyyaBoutiqueFashion
sms/whatsapp : 0125305977
Email : mala_ihsan@yahoo.com
fb : https://www.facebook.com/normala.othman.98?ref=tn_tnmn
fb page : https://www.facebook.com/SecretForHealthy?hc_location=timeline
fb page : https://www.facebook.com/SafiyyaBoutiqueFashion

No comments:
Post a Comment