expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

suka blog ini?

Tuesday, 11 June 2013

KENALI JENIS-JENIS GULA

by Mommy Lyna

Kita mungkin biasa dengar perkataan GULA. Kurangkan gula dalam minuman, lebihkan gula dalam senyuman. Namun tahukah kita bahawa definasi gula amatlah luas.
Ada pelbagai jenis gula : gula natural, gula bertapis, gula buatan dan gula gantian.

Gula Natural:

Gula natural ialah gula yang tidak diproses, mengandungi kalori yang rendah dan nutrien tinggi. Gula natural tidak memberi impak besar kepada paras gula dalam darah.
Gula natural memberi kesan baik kepada kesihatan, DENGAN SYARAT ia tidak ditapis, diambil bersama makanan lain dan tidak berlebihan.  Gula natural termasuklah:-

Fructose (Fruktosa)

Fructose biasanya dikenali sebagai gula buah, kerana ia ditemui secara semulajadi dalam buah-buahan dan sayuran. Ia adalah 1 1/2 kali lebih manis dari sucrose (sukrosa). Fructose yang baik, diseimbangkan oleh serat dan vitamin (seperti dalam buah dan Meal Shakes) untuk memperlahankan kesan penyerapan glukos; menjadikan ia makanan tenaga yang bertahan lama, dan lebih tinggi nilai nutrisi daripada sukrosa.
Gula fructose lebih manis dari gula biasa, namun ia tidak mendatangkan kesan kepada paras gula dalam darah (melainkan diambil berlebihan..)

Maltose (Maltosa)

Maltose dihasilkan dari proses ‘malting’ beberapa bijirin dengan enzim semulajadi. Antaranya ialah malt barli dan sirap beras perang.

Glucose (Glukosa)

Glukosa atau juga dikenali sebagai dextrose, ditemui secara semulajadi dalam buah, madu dan jagung. Glukosa terhasila bila semua jenis gula diuraikan oleh tubuh kita.

Lactose (Lakstosa)

Laktosa adalah gula dalam susu.

Madu

Madu yang berkualiti adalah madu yang tidak diproses dan tidak ditapis. Madu adalah makanan yang tersebut dalam al-Quran dan minuman dalam syurga, serta amalan para Nabi dan Rasul sejak sekian lama. Ia mengandungi 20% air, 40% fruktosa, 30% glukosa dan 1 % sukrosa.

Sirap Mapel Asli

Sirap mapel asli diperbuat dari pokok mapel yang mengandungi pelbagai jenis vitamin dan mineral. Tapi.. awas! Yang berlambak di supermarket tu biasanya jarang yang betul2 sirap mapel, kebanyakannya HFCS (rujuk di bahagian Gula Bertapis di bawah).

Stevia Rebaudiana

Stevia adalah sejenis daun manis yang tiada bahan kimia, tiada kalori dan tidak memberi kesan kepada gula dalam darah. Ia lebih manis dari gula biasa.

Gula Bertapis:

Gula bertapis pula adalah gula daripada sumber tumbuhan yang ditapis, hingga hilang semua khasiat vitamin, mineral, asid amino dan sebagainya. Gula bertapis ni didapati digunakan secara meluas dan memberi kesan buruk kepada kesihatan. Antara jenis Gula Bertapis adalah:

Sucrose (Sukrosa)

Sukrosa adalah gula yang biasa kita gunakan, kacau dalam teh panas dan sebagainya. Ia adalah jenis gula yang paling banyak digunakan. Sukrosa adalah kalori kosong yang memberi kesan buruk kepada kesihatan.

Light Molasses

Light molasses adalah baki cecair selepas pengekstrakan gula daripada tebu. Ia biasanya digunakan sebagai sirap untuk penkek dan waffle. Ia mengandungi 65% sukrosa.

Gula Perang

Ia adalah gula tebu yang ditapis dengan molass yang masih ada di dalamnya. Kebanyakan pengilang hari ni menambah molass ke dalam gula yang sudah ditapis untuk menjadikannya ‘gula perang’. Ia mengandungi 98% sukrosa dan lebih tinggi kalori berbanding gula putih.

Pepejal Sirap Jagung (High Fructose Corn Syrup or HFCS)

HFCS berbeza daripada fructose, ia diperbuat dengan menggunakan asid dan enzim yang menguraikan sirap jagung. HFCS mempunyai indeks glisemik 89, berbanding fructose hanya 32.
Lain-lain jenis gula adalah gula buatan yang tidak berkhasiat seperti aspartam, Acesulfat K dan sucralose. Sejenis gula lagi ialah gula alkohol seperti xylitol yang ditambah dalam ubat gigi untuk mengurangkan pereputan gigi.
Gula komersial didapati menjadi penyebab kepada masalah kesihatan. Dan awas! Gula ini tidak datang dalam bentuk ‘gula’ tapi tersembunyi dalam makanan minuman ringan, ais krim, gula-gula, makanan-makanan dari kilang termasuklah bijirin sarapan, kek, minuman berperisa dan sebagainya.
Jadi sebagai individu yang nak sihat, terutama ibu bapa yang menjaga kesihatan anak-anak, kurangkan pemgambilan makanan dari kilang, sebaiknya masaklah di rumah dan jadikan buah-buahan sebagai snek buat anak-anak, bukan makanan ringan.


Read more http://vitaminsemulajadi.com/kenali-jenis-jenis-gula/

No comments:

Post a Comment