Sekilas pandang, memang agak sukar membezakan anak yang AKTIF dan HYPERAKTIF.
Apa itu AKTIF dan HYPERAKTIF. Jadi, jom kita kongsikan bersama dan kupaskan perbezaan kedua-dua “therms” itu.
Anak Aktif adalah anak 
yang memiliki kelebihan  tenaga. Mereka memiliki keupayaan melakukan 
‘aktiviti pergerakan’ lebih tinggi berbanding dengan anak-anak yang 
lain. Meskipun begitu, otak dan pemikirannya adalah normal. Keaktifannya
 menunjukkan dia bijak dan otaknya berfungsi dengan baik dan koordinasi 
badannya bagus
Anak kecil, badannya ringan dan bila dia
 bergerak, dia tidak banyak memerlukan tenaga, oleh itu untuk memastikan
 tenaganya digunakan dengan baik, maka dia perlu bergerak.  Jika selalu 
sangat disuruh duduk diam, lama-lama mereka menjadi malas dan apa yang 
mereka suka lakukan ialah makan dan main video game..hehehe… (ada x ibu bapa yang inginkan anak seperti ini,tentu tidak kan..)
Ciri-ciri Anak Aktif:- Fokus
 
Ketika melakukan sesuatu aktiviti, anak 
ini akan duduk diam menyelesaikannya dalam kedaan baik dan tenang. Cth: 
bermain susun Puzzle.
- Istirehat Setelah Penat
 
Anak ini akan berhenti bermain sebentar dan rehat setelah penat atau terasa lelah.
- Tunduk Patuh & Bersedia Berkongsi
 
Mematuhi apa yang diminta oleh ibu bapa 
nya atau orang yang lebih tua dari nya. Cth: jika ibunya meminta 
mengemas kembali barang mainannya,ia akan turuti.
- Bersabar
 
- Boleh bermain dengan baik
 
- Tidak terlalu kuat dan kasar bila bercakap
 

Anak Hyperaktif adalah 
anak yang memiliki gangguan tingkah laku yang disebabkan perkembangan 
otak yang tidak normal. Ia jadi sangat nakal, tidak boleh duduk diam, 
sukar diatur dan sukar diajari. Perkataan lain bagi Hyperaktif ini 
disebut juga “Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD).
 Ini terjadi pada sesetangah anak kecil adalah mungkin kerana beberapa sebab, antaranya:
- Pernah terjatuh atau kepala terhantuk pada objek keras
 
- Gegaran otak
 
- Faktor Keturunan atau Pembawaan anak sejak dari lahir
 
Oleh kerana  perilaku yang sangat aktif, disebabkan itu, ia tidak mampu untuk kawal emosi dan aktiviti geraknya.
Ciri-ciri Anak Hyperaktif:
- Tidak Fokus & Lalai
 - Tidak Tahu Erti Penat atau Lelah
 - Suka Memberontak, Menentang & Merosakan Barang
 - Agresif & Suka Mengganggu Orang
 - Melakukan Sesuatu Tanpa Tujuan
 - Tidak Sabar & Degil
 - Rasa Takut, Risau dan Tertekan
 - Kerap Berpeluh & Mengalami Sakit Perut dan Cirit Birit
 
Diingatkan, anak hyperaktif perlu 
dikawal dan dipantau sebaik-baiknya. Ini kerana di luar jangkaan ibu 
bapa, anak ini boleh melakukan aktiviti yang boleh membahayakan atau 
mencederakan diri mereka.

“ADHD tidak boleh diubati tetapi boleh dikawal.”
Antara Rawatan untuk mengawal anak-anak hyperaktif.
- Pemakanan
 
-      Pastikan yang halal dan dari punca yang halal dan berkhasiat.
- Kasih Sayang atau Belaian
 
-     Peluk di waktu pagi dan juga di waktu malam tiap hari.
-     Tidurkan mereka dengan bacaan surah Maryam atau zikir nama tuhan atau  asmaulhusna.
-     Usap kepala mereka dan bacakan selawat shifa.
-     Dikatakan memberi secawan teh 
markisa (yang diperbuat daripada daun markisa) atau dua gelas 
jus markisa dapat menenangkan kanak hiperaktif.
- Pendidikan Pemulihan
 
-      Masalah kerja rumah dan pembelajaran yang terjejas perlu diberi didikan.
- Jangan Bosan
 
-      Terus menerus mengulang perkara yang sama,supaya mereka cepat belajar.
- Latih anak ini untuk jadi lebih Displin
 
- Perbanyakkan komunikasi dengan mereka
 
jom dapatkan set kesihatan shaklee....
sms/whatsapp 0125305977
pm fb page https://www.facebook.com/SecretForHealthy
credit to http://www.melastikbintang.com
No comments:
Post a Comment