expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

suka blog ini?

Friday, 19 July 2013

Milk Booster @ Penggalak Susu

Milk Booster yang paling berkesan


Bila sebut pasal milk booster sudah pasti ianya popular di kalangan ibu menyusu. Ramai yang tahu apa itu milk booster iaitu "penggalak susu". Ramai ibu yang mengimpikan susu badan yang banyak dan dengan sebab itu ada yang menjadikan milk booster sebagai alternatif untuk mencapai hasrat yang diingini.

Tapi betul ke milk booster boleh tambah susu? Sebelum kita bincang lebih lanjut, mari kita tengok milk booster apa yang hangat di pasaran sekarang.

ALFALFA - yang ni sudah sinonim dengan gelaran Raja Segala Tumbuhan. Dikenali sebagai "galagtagues".




alfalfa penggalak susu



Apa maksud galagtagues ni? 

"Galactagogues are those herbs or supplements or drugs that can increase the secretion or production of milk."

"Alfalfa is rich in vitamins and minerals, including iron, calcium, and Vitamin K" 

FENUGREEK - juga dikenali sebagai penggalak susu. Baca lanjut mengenai fenugreek:

"Fenugreek is considered a uterine stimulant, so do not use this herb if you are pregnant."

Ini kita sebut sebahagian yang glamor sahaja, jika ingin tahu lebih lanjut tentang makanan semulajadi penggalak susu boleh lihat di sini.

Penting ke milk booster ni? Tidak salah mengambil milk booster jika anda sudah faham tentang konsep sebenar dalam penyusuan. Konsepnya mudah sahaja, ada permintaan, ada bekalan. Demand & supply. Kena rangsang payudara dengan galakkan bayi menghisap sekurangnya 2 atau 3 jam sekali. Jika semua amalan-amalan itu dah dibuat maka pengambilan milk booster bukan lagi satu kesalahan.

Yang salahnya adalah mentaliti kita. Ambil milk booster maka susu akan melimpah ruah secara automatik, macam magic pula. Tidak perlu pam atau susukan bayi, duduk sambil-sambil berehat boleh kumpul susu banyak. Kalau macam tu, semua orang berebut mahu membeli milk booster yang semacam itu. Kuasa super power!

Menyusukan bayi perlu belajar jika tidak tahu, perlu berlatih jika tidak biasa. Sebab ianya bukan ilmu semulajadi yang kita dapat, tahu-tahu jika sudah bergelar ibu sudah faham konsep demand & supply. Entah-entah ada yang tidak pernah dengar pun kan. Dengan itu perlu mencari ilmu penyusuan jika tidak kita akan tertipu dengan milk booster yang ada kuasa MAGIC! 

Kesimpulannya amalkan apa sahaja milk booster yang serasi dengan anda dan tidak membahayakan kesihatan anda. Keserasian setiap orang tidak sama dan bukan juga salah jika kita mencuba milk booster dengan niat untuk membantu merangsang susu dengan lebih lagi setelah kita apply konsep yang dibincangkan tadi. Tiada pemenang untuk milk booster paling berkesan kerana TEPUK DADA TANYA SELERA. Tepuk dada tanya poket, eh salah ye? :)

Hubungi saya untuk mendapatkan set penyusuan, khas untuk anda. 

Tips eksklusif dan cara pemakanan akan diberikan kepada mereka yang membeli dengan saya sahaja.

Sms/whatsapp 0125305977

No comments:

Post a Comment