expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

suka blog ini?

Tuesday, 30 July 2013

Kebersihan Genital Bayi

my little gugurl safiyya
Bahagian kemaluan bayi adalah kawasan yang sensitif. Ia memerlukan penjagaan rapi bagi mengelakkan daripada berlaku jangkitan kuman.
 
Tidak kira sama ada anak anda bayi perempuan atau pun bayi lelaki, perhatian khusus perlu diberi terhadap genital kerana ketika bayi mereka cenderung buang air besar dan kecil dengan kerap.
 
Menjaga alat sulit bayi lelaki
 
Semasa menukar lampin dan mandi, cuci atau sapu di sekeliling penis dan skrotum bayi untuk membuang sebarang kekotoran yang ada. Selepas menukar lampin, gunakan kain basah atau kapas.
 
Sebenarnya semasa bayi, penis bersih secara semulajadi, jadi jangan menarik kulup penis untuk mencucinya kerana anda tidak dapat menariknya kembali ke tempat asal.
 
Kulup penis bayi terlekat kepada kepala penisnya. Kulup ini akan tercerai daripada penis menjelang usia dua tahun. Tidak perlu cuba menceraikannya sebelum itu kerana anda mungkin mencederakannya.
 
Memaksa kulup ke belakang boleh menyebabkan kekoyakan, dan ini akan mencederakan bayi dan meninggalkan parut. Ia juga mungkin menyebabkan masalah bagi bayi anda di kemudian hari.
 
Jika bayi disunatkan, anda boleh mencuci penisnya semasa mandi. Selepas mandi sapu sedikit jeli petroleum pada penisnya untuk melindungi daripada bergeser dengan lampin.
 
Sesekali biarkan bayi tidak berlampin seketika bagi membolehkan kemaluannya terdedah pada udara dan lebih cepat pulih.
 
Penis bayi yang disunat akan mengambil masa antara tujuh hingga 10 hari untuk pulih. Beberapa hari selepas disunat, penis bayi akan kelihatan merah dan bengkak dan mungkin terdapat lelehan kekuningan.
 
Ia adalah tanda-tanda pemulihan normal. Sekiranya penis bayi mendapat jangkitan, ia mungkin menjadi merah yang tidak berkurangan atau berdarah, dan hujung penis menjadi bengkak. Bayi anda akan merasa sakit apabila kencing. Jika bayi didapati mengalami salah satu tanda tersebut, segeralah rujuk dengan doktor.
 
Menjaga alat sulit bayi perempuan
 
Semasa menukar lampin, gunakan kapas yang dibasahkan dengan air untuk membersihkan alat sulitnya dari arah depan di bawa ke belakang iaitu dari vagina dan uretra (pembukaan melalui mana dia kencing).
 
Sekiranya lampin bayi dikotori dengan najis dan ada sedikit najis memasuki bibir vagina (labia) bayi, lakukan langkah berikut:
 
*Gunakan jari (bersih) anda untuk membuka bibir vagina bayi.
 
*Guna kapas basah, untuk menyapu tempat itu dari atas ke bawah, atau depan ke belakang, di bahagian tengah.
 
*Kemudian, ambil lagi kapas basah bersih, dan cuci kedua-dua sisi labia di sebelah dalam.
 
Membersihkan vagina dari depan ke belakang akan membantu mengelakkan bakteria daripada berpindah dari anus bayi ke vagina dan uretra, dan menyebabkan jangkitan. Apabila memandikan bayi, gunakan kain flanel atau span untuk memercikkan air di sekeliling alat sulit, dan sapu dari depan ke belakang.
 
Dalam beberapa hari pertama, anda mungkin melihat vagina bayi bengkak dan kemerahan, atau dia mengeluarkan lelehan yang jernih, putih atau berdarah sedikit. Jangan panik kerana ia memang perkara biasa dan berlaku disebabkan bayi terdedah kepada hormon ibu semasa masih berada di dalam uterus (rahim) ibu.
 
Tetapi, sekiranya bayi masih mengalami lelehan selepas enam minggu pertama, beritahu doktor anda semasa pemeriksaan pertama selepas sebulan lahir.

Monday, 29 July 2013

Selesema Yang Merimaskan


mama dgn my older brother ihsan
Selesema memang penyakit biasa, namun jika menyerang bayi baru lahir, panik juga dibuatnya apatah lagi jika ia pertama kali berlaku. Bayi akan merengek tanda tidak selesa kerana hidungnya tersumbat. Akibatnya dia sukar untuk menyusu.

Jangan risau kerana jika diserang selesema biasa ia selalunya tidak serius. Para pakar menganggarkan kebanyakan bayi akan menghidapi selesema sebanyak lapan hingga 10 kali dalam masa dua tahun pertama kehidupannya.

Selesema adalah jangkitan bahagian atas saluran pernafasan berpunca dari pelbagai jenis virus. Ia mudah tersebar apabila orang yang selesema bersin dan menyebarkan virus selesema ke udara untuk dijangkiti oleh orang lain. Bayi cenderung untuk dijangkiti dengan mudah kerana semasa lahir sistem imuniti yang berfungsi hanya sebanyak 60 peratus sahaja.

Bayi yang menghidap selesema tidak boleh bernafas melalui hidung kerana tersumbat oleh mukus. Ini membuatkan mereka tidak selesa dan asyik meragam. Jika selesema berlaku di kalangan kanak-kanak, anda boleh memberikan mereka lebih banyak jus buah-buahan yang kaya dengan vitamin C.

Jangan berikan sebarang ubat selesema tanpa berunding dengan pakar pediatrik terlebih dahulu. Berikut cara untuk melegakan ketidakselesaan bayi atau kanak-kanak yang selesema.

*Jika hidung bayi tersumbat, tinggikan bahagian pembaringannya dengan meletakkan tuala di bawahnya. Jangan gunakan bantal untuk meninggikan kepala bayi  kerana ia boleh menyebabkan gejala mati lemas.

*Bayi terlalu kecil untuk menghembus hidungnya sendiri, jadi sentiasa lap hidungnya supaya boleh bernafas dengan lebih mudah.

*Anda juga boleh menggunakan alat penyedut yang banyak dijual di farmasi untuk mengeluarkan mukus yang menyumbat hidung bayi.

Cara terbaik untuk mencegah bayi daripada serangan selesema iaitu berikan si kecil susu ibu sejak dia lahir. Ia dapat melindungi kesihatan bayi kerana selagi bayi menyusu badan, dia mendapat antibodi ibu dan imunisasi secara semula jadi. Sekiranya bayi jatuh sakit, penyakit tersebut ringan dan tidak berpanjangan.

Lindungi bayi daripada ahli keluarga yang sakit turut membantu mencegah jangkitan selesema. Jika mereka yang tidak sihat, pastikan membasuh tangan sebelum menyentuh bayi atau barang-barangnya.

Jika bapa kepada bayi seorang perokok, berhentilah dan elakkan mendedahkan bayi dengan persekitaran asap rokok. Anak yang tinggal bersama perokok berisiko lebih tinggi untuk mudah dijangkiti selesema berbanding bayi yang tidak terdedah kepada asap rokok.

sumber : http://pama.karangkraf.com

Tips Hilangkan Lenguh & Kebas Kaki Ketika Mengandung

Saya ingin kongsikan sedikit tips khas untuk ibu-ibu hamil...

gambar hiasan

Wanita yang hamil kebiasaanya akan mengalami lenguh kaki atau kebas pada kaki.

Mengikut Danforth's Obstetrics and Gynecology, wanita yang memasuki trimester 3 akan mula mengalami
lenguh kaki atau kebas pada kakinya.

Kenapa ini berlaku?

Mekanismanya mudah sahaja kerana berlakunya pertambahan berat badan akibat daripada pembesaran bayi. Pertambahan berat badan ini telah menganggu kitaran darah untuk sampai ke sel-sel kaki dengan sempurna.
Dan tindakan refleks daripada saraf pada sel kaki inilah akan mencetuskan rasa lenguh dan kebas.


Bagaimana untuk mengatasinya?

Bagi wanita yang hamil, kita tidak boleh sewenang-wenangnya memakan ubat. Jadi cara yang boleh kita lakukan untuk mengatasi masalah ini adalah :-

1) Sentiasa melakukan senaman ringkas termasuk aktiviti  regangan.

2) Baringkan badan, dan angkat kaki ke atas amalkan setiap hari.

3) Boleh sapukan minyak angin pada kaki yang lenguh itu.

4) Boleh mencuba OsteMatrix(kalsium) Shaklee.

 

Siapa lagi yang memerlukan OsteMatrix ini:
  • Ibu yang mengandung, ibu yang menyusukan anaknya dan wanita yang pernah melahirkan anak.
  • Mereka yang mempunyai masalah kekangan pengambilan bahan2 tenusu seperti susu.
  • Mereka yang selalu mengalami sakit2 kaki, sakit2 sendi, sakit di bahagian tulang belakang, sejuk2 badan, rasa bisa di tapak kaki, kebas atau terasa seperti kaki dicucuk2 dengan jarum.
  • Mereka yang mudah keletihan dan tidur yang kurang membuatkan golongan ini mudah letih dan sukar untuk bangun tidur.
  • Sakit kepala yang teruk dan berhari-hari.
  • Mereka yang sedang menjalani fisioterapi.
  • Mereka yang mempunyai masalah pecah2 di telapak kaki dan rekahan di tumit kaki.
  • Mereka yang mengalami PMS yang sangat teruk sehingga terpaksa mengambil pil penahan sakit setiap kali datang bulan.
  • Mereka yang mempunyai masalah kesihatan yang berkaitan dengan darah.

ATAUPUN untuk kesan yang lebih optimum,anda boleh mencuba set Eu-Four pack Shaklee yang mengandungi Vitalea(multivitamin), Vitamin C, B complex serta Oste-Matrix(kalsium).


 Set Eu-Four Pack ini memang sesuai untuk ibu-ibu hamil, ibu-ibu menyusukan anak, serta sesiapa sahaja yang inginkan kesihatan yang optimum...
 
sebarang pertanyaan boleh sms/whatsaap/wechat 012-5305977



Sunday, 28 July 2013

Get Clean® Water Pitcher Shaklee


MEMPERKENALKAN GET CLEAN®  WATER
Get Clean® Water merupakan sistem penurasan air multipaten baru yang menghasilkan air yang lebih sihat. Berbanding dengan jag air yang lain, Get Clean® Water menggunakan sebatang blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar yang sukar disingkirkan termasuklah kandungan plumbum sehingga 99%.


Get Clean® Water merupakan sistem penuras jag air pertama yang menggunakan blok-karbon yang boleh diisi semula. Jadi, kuranglah botol plastik yang perlu dibuang. Ia juga berupaya menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan.

Air yang lebih bersih dan sihat ataupun bumi yang lebih bersih dah sihat?
Sudah tentu kita boleh menikmati semuanya!

Menandingi Jenama Terkemuka yang Lain!
• Disahkan dapat mengurangkan kandungan plumbum, merkuri, kadmium dan bahan-bahan cemar lain. disamping mengekalkan kandungan mineral air yang sihat!
• Disahkan dapat mengurangkan klorin, jadi ia dapat mengurangkan ancaman kesihatan yang disebabkan oleh bahan sampingan klorin!
• Disahkan dapat menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan -dua kali ganda lebih daripada jenama terkemuka.
• Sistem Penuras Jag Air berblok- Karbon Isian Semula yang pertama

Pilihan Bijak!
• Hanya beberapa sen bagi seliter air
• Air yang lebih sihat dan rasanya yang enak
• Jag Air bermeter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah dituras- tidak memerlukan kuasa elektrik 
• Ringan dan mudah dibawa
• Menjimatkan kos – tanpa perlu dimasak

KEISTIMEWAAN SHAKLEE

SELAMAT: “Menyingkirkan kandungan plumbum” dan banyak bendasing lain
Get Clean® Water ini berupaya mengurangkan pelbagai jenis bahan cemar berbahaya yang mungkin terkandung di dalam air. Ia juga diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Air (Water Quality Association [WQA]) yang ianya dapat mengurangkan plumbum dan banyak bendasing lain.

PILIHAN BIJAK: Menjimatkan Kos
Rakyat Malaysia banyak membazirkan wang dengan meminum air botol. Dengan hanya berapa sen seliter sahaja, Get Clean® Water dapat memberikan air yang bersih dan rasanya yang enak dengan meter bijak yang menandakan bilakah masanya untuk anda menukar penuras tersebut tanpa perlu mengagaknya.

HANDAL: Lebih banyak air bersih pada setiap masa
Get Clean® Water menghasilkan 303 liter (80 gelen) daripada setiap turasan yang mana dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama lain dan mengurangkan bahan cemar yang mungkin wujud dalam air dan berbahaya kepada kesihatan anda.

MESRA ALAM: Memelihara alam sekitar
Get Clean® Water ini menggunakan sistem Penuras Jag air dengan blok-karbon isian semula yang pertama, di mana ianya dapat mengurangkan timbunan sisa. Dan lagi, setiap penuras diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan baik terhadap alam sekitar.


untuk sebarang pertanyaan boleh sms/whatsapp 0125305977


Saturday, 27 July 2013

Puasa Tak Jejas Bayi Dalam Kandungan

Kajian bukti puasa tak jejas perkembangan bayi dalam kandungan

gambar hiasan
KAJIAN kesihatan mendapati ibu mengandung yang berpuasa tidak menjejaskan kandungan walaupun kadangkala tidak selesa terutama pada tahap tiga bulan pertama kandungan. Pakar Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Pakar Ampang Putri, Dr Ariza Mohamed, berkata ibu hamil masih boleh berpuasa kerana ia tidak memberi kesan kepada perkembangan bayi.

“Ibu mengandung boleh berpuasa, membaca al-Quran terus menerus dan doa untuk kesihatan bayi dalam kandungan,” katanya yang tidak menafikan cabaran ibu mengandung terutama loya, muntah, pening dan gastrik pada tiga bulan pertama menyebabkan badan kekurangan air hingga ada terpaksa menerima rawatan di hospital.



Beliau berkata demikian pada seminar Penghayatan Ramadan anjuran Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama Hospital Pakar An Nur dan Persatuan Perubatan Islam Malaysia di Bangi, baru-baru ini.


Dr Ariza berkata, proses dehidrasi menjadikan ibu lemah, berat berkurangan tetapi biasanya keadaan itu tidak menjejaskan bayi. Begitu juga bagi ibu pada peringkat tiga bulan terakhir terpaksa berhadapan dengan keletihan, sukar untuk fokus, tidak dapat tidur dengan baik dan berat badan mungkin statik atau berkurang.

“Dalam keadaan itu bayi tidak terjejas kerana mereka mendapat cukup makanan daripada ibu. Jika mampu ibu mengandung boleh berpuasa tetapi boleh berbuka apabila mengalami muntah yang teruk. Cuma dari segi menggantikan puasa, ada perbezaan pendapat,” katanya.



Beliau berkata, risiko ibu yang menyusukan anak apabila berpuasa ialah kurang susu dan menyebabkan anak menangis. Sedangkan susu ibu adalah makanan lengkap bayi dan WHO menyarankan enam bulan pertama eksklusif susu ibu tanpa dicampur susu formula.

“Bagi ibu menyusukan anak, dibolehkan berbuka puasa seperti ibu mengandung. Cuma bagi yang mengandung, ada berpendapat tidak perlu berpuasa tanpa berusaha sedangkan Ramadan memberi banyak manfaat,” katanya sambil menasihatkan wanita hamil melewatkan sahur, makan tamar serta susu ketika sahur dan makanan tinggi serat, berehat tengah hari dan memastikan berbuka dengan makanan yang memberi tenaga segera.

Sementara itu, Pakar Perunding Perubatan Hospital Pakar An Nur, Dr Norshinah Kamarudin meminta penghidap kencing manis bersahur, jangan melewatkan berbuka dan tidak makan berlebihan. Pesakit boleh mengubah dos ubat. Jika dos biasa diambil waktu pagi boleh ditukar kepada berbuka sementara dos diambil sebelum makan malam ditukar kepada waktu bersahur.

“Pengubahsuaian dos insulin perlu dilakukan dengan bimbingan doktor selain melakukan ujian tahap gula dalam darah pada waktu tertentu seperti sebelum bersahur, tiga hingga empat jam kemudian atau sebelum berbuka dan tiga hingga empat jam selepas itu.
“Minum cukup air, menggantikan air selepas buang air dan elak minuman manis,” katanya.

sumber http://www.islamituindah.my

Khasiat Berwuduk Sebelum Tidur

Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa tidur dimalam hari dalam keadaan suci (berwudhu ‘) maka Malaikat akan tetap mengikuti, lalu ketika ia bangun nescaya Malaikat itu akan berucap’ Ya Allah ampunilah hamba mu si fulan, kerana ia tidur di malam hari dalam keadaan selalu suci , “(HR Ibnu Hibban dari Ibnu Umar ra).

Berwuduk mempunyai manfaat yang sangat besar. Bahkan ulama fikih menjelaskan hikmah wudhu sebagai sebahagian dari usaha untuk memelihara kebersihan fizikal dan rohani.
Sudah tentu setiap perintah Allah SWT itu mempunyai hikmah kebaikan disebaliknya. Dalam sekali aktiviti berwudhu, lima pancaindera terkena semua tanpa terkecuali disapu oleh air wudhu. Mata, hidung, telinga & seluruh kulit tubuh. Ini betul-betul luar biasa!.



Muhammad Kamil Abd Al-Shomad, memetik sumber dari Al-I’jaz Al-Ilmiy fi Al-Islam wa Al-Sunnah AlNabawiyah, menjelaskan bahawa manfaat semua hal yang diperintahkan dalam wudhu sangatlah besar bagi tubuh manusia. Mulai dari membasuh tangan dan menyela-nyela jari, berkumur-kumur, memasukkan air ke dalam lubang hidung, membasuh muka, membasuh kedua tangan sampai siku, mengusap kepala, membasuh telinga, hingga membasuh kaki hingga mata kaki.

Lalu, bagaimana jika berwudhu dilakukan sebelum tidur? Nah, para pakar kesihatan di dunia sentiasa menganjurkan agar kita mencuci kaki mulut dan muka sebelum tidur. Bahkan, sejumlah pakar kecantikan menghasilkan alat kecantikan agar dapat menjaga kesihatan kulit muka.

Di samping itu tentunya anjuran untuk berwudhu juga mengandungi nilai ibadah yang tinggi. Jika seseorang berada dalam keadaan suci, bererti dia dekat dengan Allah. Kerana Allah akan dekat dan cinta kepada orang-orang yang berada dalam keadaan suci.
Khasiat berwuduk sebelum tidur

Pertama, menenangkan otot-otot sebelum berehat. Mungkin tidak terlalu banyak penjelasan. Boleh dibuktikan dalam ilmu perubatan bahawa percikan air wudhu itu merupakan suatu kaedah atau cara mengendurkan otot-otot yang kaku dalam beraktiviti. Kesan positifnya jika seseorang itu telah melakukan wudhu, maka fikiran kita akan terasa tenang. Badan tidak akan terasa letih.

Kedua, mencerahkan kulit wajah. Wudhu dapat mencerahkan kulit wajah kerana prestasi wuduk ini menghilangkan kotoran dalam kulit. Kotoran-kotoran yang melekat pada kulit wajah kita akan sentiasa hilang dan tentunya wajah kita menjadi cerah dan bersih.

Ketiga, didoakan malaikat. Malaikat akan sentiasa berdoa memohon perlindungan kepada umat muslim yang sentiasa berwudhu sebelum tidur. Malaikat adalah makhluk yang sentiasa berzikir kepada Allah. Nescaya doanya akan sentiasa dikabulkan oleh Allah. Oleh kerana itu, sentiasa lah berwudhu.

sumber http://www.islamituindah.my

Bagaimana Cara Berzikir Ketika Sibuk Bekerja


Zikir ialah ibadat paling ringan tetapi amat berat timbangan pahalanya. Walaupun mudah dan ringan diamalkan, kebanyakan muslim lupa melakukannya disebabkan tidak dilatih berbuat demikian.
Pengarang kitab Shafwah al-Shafwah menceritakan tentang seorang ahli ibadah melihat seekor burung yang selalu membawa sepotong daging setiap hari. Burung itu hinggap di atas pokok kurma. Ahli ibadah itu merasa hairan kerana tidak ada seekor burungpun yang mempunyai sarang di situ. Beliau berkata: “Saya memanjat pokok itu, saya melihat di sana ada seekor ular yang buta matanya. Setiap kali burung itu mendekatinya iapun bersuara lalu ular itu membuka mulutnya, sang burung meletakkan sepotong daging itu ke mulut ular dan kemudian terbang. Perbuatan itu dilakukannya setiap hari.”

Kisah tersebut mengajar kepada kita bahawa kemuliaan itu terletak pada seberapa besar manfaat yang boleh anda berikan kepada orang lain. Manakala kehinaan itu adalah kerana mensia-siakan potensi dan kekuatan jasmani dan rohani yang telah Allah SWT kurniakan kepada kita. Sedangkan binatang bekerja mencari makanan tanpa tangan dan kaki yang sempurna. Tetapi manusia masih lagi diulit mimpi angan-angan yang panjang. Binatang dan alam semesta semuanya berzikir kepada Allah SWT, tetapi manusia sibuk melupakan Allah SWT.

Allah SWT berfirman menyeru kepada orang-orang yang mengaku beriman yang maksudnya: ”Bekerjalah kamu, nescaya Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang beriman akan melihat pekerjaanmu itu dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Maha Mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakannya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan.” (Surah al-Taubah Ayat 105)



Bekerja adalah ibadat. Bahkan nafkah yang dihulurkan kepada ahli keluarga adalah sedekah yang paling utama. Tetapi sifat malas sering timbul sewaktu melakukan jihad ini. Ia sentiasa hadir dalam kehidupan para pekerja yang beriman. Di manakah kelemahannya hingga semangat bertempur untuk mendapatkan keuntungan dunia yang halal itu menjadi kendur? Padahal Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya: ”Jika datang hari kiamat dan di tangan seorang daripada kamu ada satu bijian tanaman, maka jika dia mampu menanamnya, hendaklah dia melakukannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Ahmad)

Semangat kerja Nabi Allah Idris AS patut dicontohi. Baginda adalah seorang tukang jahit yang mencari nafkah dengan hasil usaha tangannya sendiri. Pada suatu hari Allah SWT berfirman yang maksudnya: “Wahai Idris, tahukah kamu mengapa Aku mengangkat darjatmu hingga ke tempat yang sangat tinggi? Sebagaimana firman Allah yang bermaksud: “Dan kami mengangkatnya ke kedudukan yang tertinggi.” (Surah Maryam; Ayat 57). Nabi Idris menjawab: “Saya tidak tahu wahai Tuhanku.” Allah berfirman: “Setiap hari amalanmu terangkat ke sisi-Ku seperti setengah amalan penduduk dunia ini kerana kamu banyak berzikir.” Allah berfirman yang maksudnya: “Kepada-Nyalah naik perkataan-perkataan yang baik dan amal yang soleh.” (Surah Fatir: Ayat 10)

Demikianlah keutamaan Nabi Idris AS kerana setiap kali baginda menusukkan jarumnya, pasti kalimah zikrullah yang empat diucapkan iaitu; Subhanallah, Walhamdulillah, Walailahaillallah, wa Allahu Akbar. Pekerjaan yang dilakukan sambil berzikir sungguh berat timbangannya di sisi Allah dan boleh menyuntikkan semangat untuk berjaya semata-mata kerana keredaan Allah.

Zikir adalah amalan yang paling mudah dan ringan tetapi amat berat pahalanya. Syaikh al-Islam al-Imam Ibnu Taimiyah dalam kitab agungnya, Majmu’ al-Fatawa menyatakan; Amalan yang paling utama selepas amalan yang fardhu adalah zikrullah. Dalam hadis sahih riwayat al-Imam Ahmad dan al-Tirmizi, Rasulullah SAW bersabda: “Mahukah kamu aku tunjukkan amalan yang paling utama dan yang paling bersih di sisi Allah? Lebih baik daripada kamu bertemu dengan musuh-musuhmu lalu kamu memenggal leher mereka dan mereka juga memenggal leher-lehermu? Para sahabat menjawab: Tentu wahai Rasulullah. Rasulullah bersabda: Zikrullah.”

Demikianlah zikir yang dilakukan. Ia tidak memerlukan wuduk atau menutup aurat. Ia tidak dibatasi oleh waktu dan tempat. Di mana dan bila-bila sahaja dan dalam keadaan apapun ibadat ini boleh dilakukan. Sungguh senang tetapi ramai manusia yang meninggalkannya.

Al-Imam Ibnu al-Qayyim menyatakan: “Baginda memberi petunjuk supaya berzikir dalam setiap ucapan, tindakan, tarikan nafas, kala berdiri, duduk dan berbaring, gerak geri baginda adalah zikir kepada Allah.”

Rasulullah SAW adalah seorang manusia yang paling sibuk dengan dunianya dan paling bersedia untuk bekalan akhiratnya. Baginda adalah seorang Ketua Negara yang amanah, Mahaguru yang dihormati, pakar motivasi, Jeneral perang dan penganalisis politik yang hebat, ketua rumah tangga yang adil, pendakwah yang karismatik, ayah yang penyayang, saudara lelaki yang penyantun. Seluruh masa dan tenaga dikerahkan untuk memastikan mereka yang hidup di sisi baginda mendapat kebahagiaan dunia akhirat. Begitu juga dengan kita yang memenuhi hari-hari dengan kerja dan zikrullah, pastikanlah ianya tidak terhenti kecuali kedua kaki ini telah sampai di pintu kenikmatan tertinggi, syurga yang abadi!

sumber http://www.islamituindah.my

Berapa Lama Akan Nampak Kesan Vitamin?

Saya gembira menerima sms daripada kawan-kawan saya yang consumed vitamin Shaklee. Ada yang memberi testimoni, ada yang mengadu makan vitamin tak beri kesan, ada yang komplen lepas makan vitamin jadi itu dan ini, dan ada juga yang minta pandangan dan tips penyusuan, penjagaan dalam pantang, penjagaan bayi dan sebagaimana. Saya gembira! Anda tanyalah soalan yang berulang-ulang, dan saya tetap suka sebab anda buat saya rasa dihargai. Anda mencari saya untuk menyelesaikan masalah anda, untuk menggembirakan hati anda yang gundah dek masalah, atau sekadar berkongsi kegembiraan anda.

Saya memang teruja.

Latest, saya terperasan tentang persoalan "berapa lama vitamin Shaklee akan beri kesan kepada saya?"

Ini jawapan saya. Testimoni salah seorang pengguna Shaklee, Ugy.



Ugy terima stok Set Penyusuan Shaklee pada 5 Mei yang lepas. Ini soalan Ugy kepada saya selepas seminggu consumed set tersebut.




Satu lagi testimoni (terkini) daripada Ummi Hanifah Abd Halim


Set penyusuan Shaklee bukanlah ubat-ubatan yang memberi kesan on the spot kepada tubuh kita. Ia mengambil masa untuk memperbaiki kerosakan dalam tubuh kita, flush out segala toksin dan kekotoran sehingga anda mengalami healing crisis, dan akhirnya barulah ia berjaya menjalankan fungsinya kepada tubuh secara sempurna. Bergantung kepada kondisi tubuh anda, samada anda selama ini menjaganya dengan baik atau kurang baik, ketika inilah vitamin Shaklee membantu anda.

Tips ringkas untuk yang belum nampak kesan :

  1. Sabar dan jangan panik
  2. Teruskan pengambilan vitamin seperti yang diberitahu distributor
  3. Pastikan pengambilan air tidak kurang 3 liter sehari supaya vitamin lebih mudah bertindak.
  4. Amalkan juga pemakanan seimbang dan berkhasiat.
  5. Positif dan doa yang berterusan.

    credit to http://www.diarivitamin.com

    sebarang pertanyaan boleh sms/whatsapp 0125305977

     

Thursday, 25 July 2013

Vitamin Atasi Rambut Gugur

Bagi ibu yang lepas bersalin, keguguran rambut adalah lebih ketara kerana:
  1. Hormon semasa mengandung menyebabkan rambut mengalami fasa pertumbuhan yang ketara. Apabila bersalin, rambut mengalami fasa ‘rehat’ dan sebagai memberi laluan kepada pertumbuhan rambut baru, lebih banyak rambut asal semasa mengandung akan gugur.
  2. Kurang rehat, mungkin kerana menjaga bayi yang baru lahir.
  3. Kurang vitamin seperti zinc dan protein
  4. Biasanya keguguran rambut selepas bersalin ni berlaku dalam 2-3 bulan selepas bersalin, sama fasa dengan bayi mula menyembur air liur.


Apa perlu dibuat sekiranya menghadapi masalah rambut gugur selepas bersalin?


  • Tukar syampu kepada yang lebih rendah kandungan bahan kimia atau yang berasaskan organik, dan gunakan perapi dari sumber yang sama.
    Tukar sikat rambut kepada yang kurang memberi tekanan kepada rambut dan kulit kepala.
  • Mengambil supplement yang mengandungi multivitamin dan mineral, zinc dan protein. (ini dia vitamin2 dan set syampoo yg bagus utk kesihatan rambut)


    • Minum air secukupnya  
    • Tidur dan rehat yg cukup dan jauhi stress
       
    • sebarang pertanyaan boleh sms/whatsapp 0125305977
      pm fb page kami https://www.facebook.com/SecretForHealthy 

      info credit to http://www.mamafaiz.com
    • Wednesday, 24 July 2013

      Aktif vs Hyperaktif

      Sekilas pandang, memang agak sukar membezakan anak yang AKTIF dan HYPERAKTIF.
      Apa itu AKTIF dan HYPERAKTIF. Jadi, jom kita kongsikan bersama dan kupaskan perbezaan kedua-dua “therms” itu.
      Anak Aktif adalah anak yang memiliki kelebihan  tenaga. Mereka memiliki keupayaan melakukan ‘aktiviti pergerakan’ lebih tinggi berbanding dengan anak-anak yang lain. Meskipun begitu, otak dan pemikirannya adalah normal. Keaktifannya menunjukkan dia bijak dan otaknya berfungsi dengan baik dan koordinasi badannya bagus
      Anak kecil, badannya ringan dan bila dia bergerak, dia tidak banyak memerlukan tenaga, oleh itu untuk memastikan tenaganya digunakan dengan baik, maka dia perlu bergerak.  Jika selalu sangat disuruh duduk diam, lama-lama mereka menjadi malas dan apa yang mereka suka lakukan ialah makan dan main video game..hehehe… (ada x ibu bapa yang inginkan anak seperti ini,tentu tidak kan..)
      Ciri-ciri Anak Aktif:
      • Fokus
      Ketika melakukan sesuatu aktiviti, anak ini akan duduk diam menyelesaikannya dalam kedaan baik dan tenang. Cth: bermain susun Puzzle.
      • Istirehat Setelah Penat
      Anak ini akan berhenti bermain sebentar dan rehat setelah penat atau terasa lelah.
      • Tunduk Patuh & Bersedia Berkongsi
      Mematuhi apa yang diminta oleh ibu bapa nya atau orang yang lebih tua dari nya. Cth: jika ibunya meminta mengemas kembali barang mainannya,ia akan turuti.
      • Bersabar
      • Boleh bermain dengan baik
      • Tidak terlalu kuat dan kasar bila bercakap
      Aktif vs Hyperaktif

      Anak Hyperaktif adalah anak yang memiliki gangguan tingkah laku yang disebabkan perkembangan otak yang tidak normal. Ia jadi sangat nakal, tidak boleh duduk diam, sukar diatur dan sukar diajari. Perkataan lain bagi Hyperaktif ini disebut juga Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD).
       Ini terjadi pada sesetangah anak kecil adalah mungkin kerana beberapa sebab, antaranya:
      • Pernah terjatuh atau kepala terhantuk pada objek keras
      • Gegaran otak
      • Faktor Keturunan atau Pembawaan anak sejak dari lahir
      Oleh kerana  perilaku yang sangat aktif, disebabkan itu, ia tidak mampu untuk kawal emosi dan aktiviti geraknya.
      Ciri-ciri Anak Hyperaktif:
      • Tidak Fokus & Lalai
      • Tidak Tahu Erti Penat atau Lelah
      • Suka Memberontak, Menentang & Merosakan Barang
      • Agresif & Suka Mengganggu Orang
      • Melakukan Sesuatu Tanpa Tujuan
      • Tidak Sabar & Degil
      • Rasa Takut, Risau dan Tertekan
      • Kerap Berpeluh & Mengalami Sakit Perut dan Cirit Birit
      Diingatkan, anak hyperaktif perlu dikawal dan dipantau sebaik-baiknya. Ini kerana di luar jangkaan ibu bapa, anak ini boleh melakukan aktiviti yang boleh membahayakan atau mencederakan diri mereka.
      Aktif vs Hyperaktif
      ADHD tidak boleh diubati tetapi boleh dikawal.”
      Antara Rawatan untuk mengawal anak-anak hyperaktif.
      • Pemakanan
      -      Pastikan yang halal dan dari punca yang halal dan berkhasiat.
      • Kasih Sayang atau Belaian
      -     Peluk di waktu pagi dan juga di waktu malam tiap hari.
      -     Tidurkan mereka dengan bacaan surah Maryam atau zikir nama tuhan atau  asmaulhusna.
      -     Usap kepala mereka dan bacakan selawat shifa.
      -     Dikatakan memberi secawan teh markisa (yang diperbuat daripada daun markisa) atau dua gelas jus markisa dapat menenangkan kanak hiperaktif.
      • Pendidikan Pemulihan
      -      Masalah kerja rumah dan pembelajaran yang terjejas perlu diberi didikan.
      • Jangan Bosan
      -      Terus menerus mengulang perkara yang sama,supaya mereka cepat belajar.
      • Latih anak ini untuk  jadi lebih Displin
      • Perbanyakkan komunikasi dengan mereka
      Amalkan setiap hari, insya-Allah mujarab. 

      jom dapatkan set kesihatan shaklee....
      sms/whatsapp 0125305977
      pm fb page https://www.facebook.com/SecretForHealthy 


      credit to http://www.melastikbintang.com

      Jadi Suami Yang Superb Semasa Isteri Hamil

      Assalamualaikum w.b.t
      Cahaya mata, satu anugerah dan amanah yang tidak ternilai dariNya. Saat menerima kelahiran anak adalah pengalaman yang paling menarik dalam hidup pasangan suami isteri. Kadang-kala juga ia boleh membuatkan pasangan suami isteri akan berada dalam keadaan yang sangat tertekan. 3 aspek iaitu dari segi Fizikal, perubahan hormon dan emosi yang datang semasa hamil boleh menjurus kepada isu yang agak serius. MB sendiri juga pernah melalui semua itu ketika isteri sedang hamil anak yang pertama. Pelbagai  perkara yang timbul di fikiran antaranya keselamatan isteri dan anak dalam kandungan.
      Si suami harus ingat bahawa isteri anda amat memerlukan sokongan dan kasih sayang daripada anda. Jom MB nak kongsikan  beberapa tips penting tentang bagaimana untuk menjadi seorang suami yang superb kepada isteri ketika isteri anda sedang hamil.

      Sifat Suami Ketika Isteri HAMIL
      Gambar Hiasan


      Tips 1
      • Suami harus bersedia untuk mengambil alih  tanggungjawab / tugas harian si isteri. Dan perlu tahu bahawa wanita hamil sering  mengalami  loya dan keletihan. Melakukan beberapa kerja rumah adalah satu perkara yang mudah untuk dilakukan, tetapi ia amat bermakna kepada seorang wanita yang telah menghabiskan sepanjang hari rasa loya dan letih. Sedikit sebanyak kita sebagai suami perlu bantu si isteri  dalam melakukan kerja rumah. Nak jadi superb kan???
      Tips 2
      • Menjadi pendengar yang setia, iaitu dengan mendengar rasa kebimbangan isteri anda. Walaupun isteri anda teruja untuk melahirkan, dia juga mungkin takut, gelisah atau tidak menentu. Galakkan beliau untuk berkongsi pandangan dan perasaan dengan anda.  Nak jadi superb kan???
      Tips 3
      • Menemani isteri anda semasa temujanji bersama doktor. Yang ini memang harus dilakukan oleh kaum bapa. Sekali sekala anda kena temankan isteri anda ke pemeriksaan kesihatan ibu dan bayi. Macam MB cuma miss 1 kali je masa temankan isteri. Jangan tunggu sehingga anda berada di hospital, dengan isteri anda di ambang melahirkan, untuk bertanya sama ada dia bercadang bersalin semula jadi. Membincangkan pilihan dengan doktor anda terlebih dahulu supaya anda boleh fokus semua perhatian anda pada isteri anda. Nak jadi superb kan???
      Tips 4
      • Satu lagi perkara yang boleh dilakukan oleh suami ialah mengambil kelas Antenatal bersama isteri. Kita sebagai suami dan ayah perlulah belajar bagaimana untuk menukar lampin, memakaikan pakaian anak, membasuh botol susu, menidurkan anak, dan keselamatan rumah anda bersama isteri anda. Seperti MB walaupun tidak mengambil kelas Antenatal, MB banyak belajar dari emak MB sendiri dan juga isteri untuk menguruskan anak. Nak jadi superb kan???
      Tips 5
      • Pergi bersama-sama semasa membeli pakaian bayi, dan segala kelengkapan bayi. Persediaan seperti amat menyeronokkan untuk mereka yang bakal bergelar ibu. Macam macam pengalaman yang anda akan dapat, kalau tak percaya cuba lah. In Syaa Allah secara tak langsung kaum bapa sudah pandai membeli kelengkapan anak anda nanti, tak perlu tanya si isteri lagi. Nak jadi superb kan???
      Tips 6
      •  Si suami harus sentiasa memuji isteri anda. Si isteri akan berasa penampilannya tidak menarik semasa sedang hamil. Jadi di sini suami harus mainkan peranan untuk menenangkan si isteri. Salah satu perkara yang paling penting yang anda boleh lakukan untuk menjadi suami yang baik adalah untuk memberitahu isteri anda yang anda sering fikir dia cantik dan anda bernasib baik kerana mempunyai dia dalam hidup anda. Nak jadi superb kan???
      Harap tips di atas dapat bantu kaum bapa menjadi suami yang superb semasa isteri anda sedang hamil. Nak jadi superb kan??? Renung-renungkanlah…

      jom dapatkan set kesihatan shaklee....
      sms/whatsapp 0125305977
      pm fb page https://www.facebook.com/SecretForHealthy
      Set Penyusuan
      Set Kehamilan
      Set Berpantang / Bersalin
      Set Kecantikan lelaki & wanita
      Set Kurus
      Set Kesihatan Keluarga
      Set Kesihatan lelaki & wanita
      Set Kesuburan lelaki & wanita
      Set Anak Genius & Sihat
      Set Resdung
      Set Kesihatan Optimum
      Set Berpuasa
      Set Penjagaan Rumah


      credit to http://www.melastikbintang.com

      Tuesday, 23 July 2013

      Collagen Powder Shaklee

      Untuk rasa lebih sihat, kulit lebih muda menawan





      Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

      Tujuh bahan utamanya termasuk, ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerangkerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.

      Shaklee Collagen Powder mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda. Setiap hidangan dipek di dalam satu uncang untuk memudahkan anda menggunakannya secara segera pada bila-bila masa dan di mana saja.




      Pengambilan Collagen Powder Shaklee secara berturut-turut selama 8 minggu akan memberikan hasil yang hebat dan menakjubkan. Apa tidaknya, kesan pengambilan selama satu hari akan memberikan rasa halus di tapak tangan dan ada yang telah mencuba selama tiga hari, kesan 'kawah' jerawat dimuka semakin cetek, kedalaman lubang bekas jerawat kian beransur pulih.

      Shaklee RSS (red snapper scale @ sisik ikan merah) telah menjalani ujian klinikal dan telah terbukti mampu menghilangkan kedutan halus dan kasar juga membaiki tekstur kulit muka. Pengambilan Collagen Powder Shaklee selama 8 minggu akan menjadikan kulit menjadi lebih baik secara total atau menyeluruh. Hanya perlu 4 kotak untuk hasil yang menakjubkan. Bukan hanya kulit di sekitar muka yang menjadi lebih baik, malahan perubahan ketara akan dirasai pada seluruh badan.

      Keberkesanan Collagen Powder Shaklee Terbukti dapat:
      • meningkatkan kelembapan kulit hingga 90%
      • mengurangkan kekasaran dan kekeringan hingga 75%
      • meningkatkan dalam penampilan keseluruhan hingga 71%
      • meningkatkan kelembutan dan kelicinan hingga 69%
      • meningkatkan pemakaian kekal mekap hingga 60%
      • meningkatkan keanjalan, ketegangan dan elastisiti hingga 55%
      • meningkatkan keserian, tona dan warna kulit hingga 50%
      • mengurangkan garis halus dan kedutan hingga 18%
      testimoni pengguna Collagen Powder Shaklee




      Shaklee RSS secara langsung akan memberikan kesan yang menakjubkan:
      • ANTI PENUAAN - mengurangkan liang pori-pori, kedutan dan garis-garis halus yang kelihatan
      • MENGHIDRAT - melembapkan kulit bagi mengurangi rasa keringdan berkupas pada muka
      • MENGEMBALIKAN KEANJALAN KULIT - meningkatkan ketegangan kulit, keanjalan dan kelembutan
      • MELICINKAN - meningkatkan kelembutan dan kelicinan kulit
      • MENYUBUR - menggalakkan kuku yang kuat, rambut yang tebal dan bersinar
      • MENCERAH - mengurangkan pigmentasi, jeragat dan meratakan warna kulit
      • MENEGANG - membantu menegangkan dan menganjalkan payudara
      dan Collagen Powder Shaklee membantu menyokong kesihatan sendi-sendi dan menguatkan tulang. Juga membantu mengekalkan otot di dalam mata supaya lembut. 

      Siapa yang tak nak kekal awet muda kan? Atau tua sebelum usia. Dah dipanggil makcik, walhal umur kita baru nak masuk 30an, siapa tak terasa hati kan? Alangkah baiknya, jika kita berjalan-jalan dengan adik kita, kemudian orang tegur dan mengatakan kitalah yang adik. Wow pasti senyum meleret satu hati.

      Tak salah menjaga kecantikan dan kesihatan diri, malahan amat dianjurkan di dalam Islam. Rasulullah juga sangat sukakan yang cantik. Allah juga lebih sukakan orang beriman yang kuat dari orang beriman yang lemah. 



      Dapatkan juga konsultasi percuma apabila anda membeli produk shaklee dari saya pada bila-bila masa anda perlukannya!!.
      Hubungi saya untuk mendapatkan dengan harga super HOTT!!  
      Sms/whatsapp 0125305977

      Set Ibu Mengandung





      ~ Protein(Energy Soy Protein) ~

      Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui sel2 tisu ,hormon dan enzim di dalam tubuh.Sangat diperlukan oleh wanita yang hamil dan menyusukan anak.penting untuk pembentukan kuku,rambut dan kulit.Esp juga memberikan ibu tenaga dimana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat.Selain itu,protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi.Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta,uterus,penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah .Keperluan protein ini semakin penting ketika kehamilan memasuki trimester ke-3.

      ~ Multivitamin(Vita-lea) ~

      mengandungi 12vitamin dan 7 galian dan ianya lengkap dengan iron formula.Iron formula sangat penting bagi ibu yang mengadung dan menyusukan anaknya.Kekurangan iron boleh membuatkan si ibu lemah,mudah nak pitam atau pengsan,Hb rendah dan sentiasa kelihatan pucat lesu.

      ~ B Complex ~

      Lengkap dengan 8B iaitu keperluan tubuh yang sempurna ke atas vitamin B.B complex Shaklee mengandungi Folic acid,Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon .Vitamin B dikatakan sangat penting untuk pembentukan tulang tengkorak anak di dalam kandungan.


      ~ Vitamin C(Sustaine Realese Vita-C) ~
      Sebiji vitamin C Shaklee bersamaan 7 setengah biji oren dan memenugi keperluan vitamin C minima tubuh kita iaitu 500mg.Ia sangat unik keran tidak mempunyai pewarna malah pengawet tambahan.Ianya adalah sustained realese dan akan digunakan secara beransur-ansur mengikut keperluan badan kita.  

      ~ Omega -3(Omega Guiard) ~

      Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan.Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak.Ianya juga membnatu memecahkan lemak di dalam tubuh kita.Jadi ia membantu ibu mengawal berat badan ketika mengandung.

      ~ Kalsium(Ostematrik) ~

      Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel dan pembentukan tulang bayi.Tidak mengandungi lemak berbanding ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu.Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna.membaiki ransangan urat saraf,mengelakkan kekejangan otot,sakit pinggng,lenguh-lenguh dan kebas kaki/tangan terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.


      Set Asas untuk trimester pertama terdiri daripada:
      • Vitalea
      • B Complex
      • Vitamin C
      • Ostematrik
       Set asas untuk trimester 2 & 3 terdiri dari:
      • Vitalea
      • B-Complex
      • Vitamin C
      • Ostematrix
      • Omega Guard
      Manakala untuk mana-mana trimester anda boleh mengambil ESP (Energizing Soy Protein) sebagai tambahan, bekalan protein lengkap untuk kehamilan.

      Testimoni mereka yang mengamalkan Set Kehamilan Shaklee


      TESTIMONI 1
       TESTIMONI 2

      TESTIMONI 3

      TESTIMONI 4
       
      Dapatkan juga konsultasi percuma apabila anda membeli produk shaklee dari saya pada bila-bila masa anda perlukannya!!.

      Hubungi saya untuk mendapatkan dengan harga super HOTT!!  

      Sms/whatsapp 0125305977
      Pm fb page kami di https://www.facebook.com/SecretForHealthy
       
       

      Monday, 22 July 2013

      Omega Guard Bantu Pelbagai Masalah Kesihatan

      Omega Guard Bantu Pelbagai Masalah Kesihatan


      Banyak dah saya cerita pasal omega guard ni. Nampak sangat saya suka sangat dengan omega guard shaklee. Keistimewaannya dan keberkesanannya sampai saya dah tak tengok dah minyak ikan omega brand lain. Tambahan omega guard ni boleh bantu kurangkan dan atasi pelbagai masalah kesihatan pada setiap peringkat umur.
      Sama ada anda mengandung, menyusukan anak, pekerja, pesakit jantung, kanak-kanak, warga emas malah sesiapa sahaja melainkan kanak-kanak bawah setahun boleh ambil omega guard shaklee ni untuk meningkatkan tahap kesihatan dan membantu mengurangkan masalah kesihatan seperti sakit jantung, nyanyuk, lelah, kanser kemurungan, alergi dll 
      Kelebihan Omega Guard Shaklee

      Manfaat Omega Guard Shaklee

      1. Asma
      Kanak-kanak yang suka makan ikan dan ambil supplement minyak ikan jarang dapat asma

      2. Penyakit Jantung
      - Kurangkan risikosakit jantung dan strok
      - Kurangkan pembekuan darah dan inflamasi
      - Turunkan tekanan darah
      - Turunkan lemak dalam darah dan tingkatkan kolestrol baik

      3. Fungsi Otak dan Mata
      - Kesihatan tisu dan retina mata
      - Wanita hamil dan ibu menyusu yang ambil supplement omega guard akan beri
        peningkatan tahap kecerdikan dan keriangan bayi

      4. Penglihatan
      - Kanak-kanak yang minum susu ibu yang tinggi kandungan omega mempunyai
        penglihatan yang lebih baik

      5. Kencing Manis
      - Omega Guard bantu menyeimbangkan paras gula dalam darah

      6. Osteoporosis
      - Omega bantu kurangkan risiko osteoporosis
      - Omega juga bantu wanita selepas fasa menopous lebih tenang

      7. Kanser
      - Hasil kajian mendapati omega membantu cegah kanser seperti kanser payudara,
        kanser usus, kanser prostat dan lain-lain

      8. Nyanyuk
      - Golongan dewasa yang ambil omega dapat mengurangkan risiko nyanyuk di usia 
        senja kelak

      9. Kulit dan Rambut
      - Omega guard dapat memberikan kelembapan pada kulit. 
      - Elakkan kulitdari kekerinagan dan berkuping-kuping

      10. Radang dan Alergi
      - Omega Guard dapat kurangkan simptom arthritis rematoid, psoriasis dan penyakit
        autoimun

      11. Hamil
      - Wanita yang ambil omega setiap hari semasa hamil kurang berisiko melahirkan
        bayi pra-matang
      - Omega guard bantu menurunkan tekanan darah tinggi semasa hamil
      - Sangat berguna untuk elakkan kemurungan selepas bersalin

      12. Kesuburan / zuriat
      - Omega guard beri imbangan dan baiki paras hormon serta meningkatkan aliran
        darah ke dalam rahim
      - Semakin banyak omega 3 yang diambil oleh wanita, semakin tinggi dan cerah peluang
        untuk mengandung

      13. Depresi / Kemurungan
      - Omega Guard bantu orang-orang yang mengalami masalah kemurungan

      Bukan semua ikan yang sesuai dinikmati kini, terutamatanya kanak-kanak. Elakkan mengambil ikan yang tinggi kandungan merkuri speerti ikan yu, pari, tuna, todak, tenggiri, kerapu, makerel (kembung besar) dan ikan yang tidak bersisik mempunyai tahap merkuri yang lebih tinggi

      Dapatkan juga konsutasi percuma apabila anda membeli produk shaklee dari saya pada bila-bila masa anda perlukannya!!.

      Hubungi saya untuk mendapatkan dengan harga super HOTT!!  

      Sms/whatsapp 0125305977
      Pm fb page kami di https://www.facebook.com/SecretForHealthy