DEMAM + BATUK + SELSEMA
 
BATUK DAN SELESEMA
Batuk 
dan selesema ialah gejala yang dihasilkan oleh sistem pertahanan badan 
apabila bahagian atas saluran pernafasan (hidung & tekak) dijangkiti
 oleh virus penyebab selesema. Secara semulajadinya, tubuh badan manusia
 akan menentang virus penyebab selesema. Kebiasaannya, seseorang 
individu itu akan mengalami simptom atau gejala selesema untuk 5 ke 7 
hari. Selesema tidak dapat disembuhkan dengan ubat-ubatan, namun gejala 
selesema boleh dikurangkan dengan menggunakan rawatan perubatan dan 
bukan perubatan. Justeru itu adalah penting bagi seseorang individu 
untuk mengenali gejala-gejala tertentu penyakit berkenaan
Simptom
·         Hidung tersumbat / lelehan cecair hidung
·         Gatal / sakit tekak
·         Batuk
·         Sakit-sakit badan / sakit kepala ringan
·         Demam biasa
·         Keletihan ringan
PENYEBAB BATUK & SELESEMA
‘Rhinovirus’ ialah jenis virus yang 
paling kerap menyebabkan jangkitan ini kerana ia amat senang berjangkit.
 Virus selesema memasuki badan melalui mulut dan hidung. Ia merebak 
melalui titisan cecair di udara dan juga melalui sentuhan tangan, 
berkongsi alat yang digunakan oleh orang yang dijangkiti seperti tuala 
dan telefon. Sekiranya anda menyentuh mata, hidung atau mulut anda 
setelah terdedah kepada barang-barang yang telah dijangkiti, kemungkinan
 besar anda akan dijangkiti batuk & selesema.
PENJAGAAN KENDIRI
Anda 
mungkin tidak dapat menyembuhkan batuk selesema, tetapi anda boleh 
melakukan perkara di bawah untuk memastikan anda berasa selesa. Tips 
berikut boleh membantu :
- Sentiasa bersihkan tangan anda. Kerap bersihkan tangan.
 
- Berus/bersihkan barang anda. Sentiasa bersihkan dapur dan bilik air anda.
 
- Guna kertas tisu. Sentiasa bersin dan batuk pada kertas tisu dan terus buang ke dalam tong sampah. Basuh tangan anda.
 
- Jangan kongsi. Jangan kongsi minuman atau barangan peribadi dengan ahli keluarga.
 
- Jauhi pengidap selesema. Elak perhubungan rapat dengan orang yang mengidap selesema.
 
- Hindari dari mengambil ubat sama
 yang mungkin terkandung dalam pelbagai jenama ubat demam dan selesema. 
Sebagai contoh; sesetengah ubat selesema dan batuk mengandungi kombinasi
 ubat paracetamol atau chlorpheniramine.
 
- Minum banyak air. Air,
 jus dan bubur jernih atau air limau suam merupakan pilihan yang baik. 
Ia membantu menggantikan kehilangan banyak air semasa penghasilan kahak.
 Merokok dan minuman berkafein boleh menyebabkan dehidrasi yang 
seterusnya akan menambah symptom batuk & selesema.
 
- Dapatkan rehat mencukupi.
 Rehat di rumah jika anda demam, batuk teruk atau mengantuk akibat kesan
 sampingan ubat. Gunakan topeng mulut apabila anda selsema.
 
- Laraskan suhu dan kelembapan bilik anda.Laraskan
 suhu bilik anda kepada sederhana panas. Jika udara bilik adalah kering,
 air penyembur lembapan dapat melembapkan udara dan membantu 
mengurangkan batuk dan hidung tersumbat.
 
- Legakan tekak anda. 
Air garam sebagai ubat kumur mulut – A saltwater gargle — 1/4 to 1/2 
sudu teh garam dilarutkan dalam 8-ounce (237 milliliters) air suam, 
boleh melegakan sakit tekak.
 
·         Ubat titis hidung ‘Normal Saline’.
 Untuk melegakan hidung yang tersumbat, anda boleh mencuba ubat titis 
hidung ‘Normal Saline’. Ia boleh dibeli tanpa menggunakan preskripsi di 
farmasi. Ia selamat, berkesan dan tidak merengsakan digunakan walaupun 
pada kanak-kanak Bagi bayi, pakar menyarankan agar menitik beberapa 
titis ubat ini ke dalam lubang hidung bayi, kemudian menyedut lembut 
keluar cecair lelehan hidung menggunakan ‘bulb syringe’. Berbuat begini 
sebelum menyusukan bayi dapat meningkatkan kebolehan bayi untuk menyusu /
 tidur malam.
Hubungi doktor anda jika:
·         Demam dengan suhu 39.4ºC atau lebih tinggi
·         Demam diikuti dengan berpeluh, ketar dan batuk dengan kahak berwarna
·         Pembengkakan kelenjar yang ketara
·         Kesakitan pada saluran hidung yang teruk
·         Gejala demam atau selesema yang tidak baik selepas seminggu
·         Batuk yang semakin berkahak serta keadaan semakin teruk
·      
Batuk yang diiringi dengan penghasilan bunyi pada paru-paru, demam, 
berpeluh malam, pengurangan berat badan dan kahak yang mengandungi 
darah.
Rujukan:
1.    Laman web: http://www.mayo.edu/
2.    Laman web: http://www.aafp.org/afp/index.html
3.    British National Formulary
4.    Health Guide
5.    Self-Care Pharmacy Health Information
6.    Patient Education 3rd Edition. McGraw Hill International Edition (2001) John Murtagh
“Selsema, 
batuk dan demam” 3 penyakit yang kerap menyerang kanak-kanak dan dewasa.
 Oleh kerana penyebab penyakit ini adalah virus, maka adalah penting 
untuk meningkatkan daya tahan badan seseorang. 
Pengambilan supplemen Nutriferon, Garlic, Vitamin C dan Omega adalah disyorkan untuk membantu individu meningkatkan daya tahan badan daripada penyakit-penyakit berkenaan.Saya dan keluarga sudah merasai keberkesanan supplemen diatas dengan izin Allah. Anda bila lagi? Dengan
 budget yang jimat, anda mampu untuk memiliki supplemen yang berkualiti 
dan selamat untuk keluarga anda...
HOT PRICE! HOT PRICE!