expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

suka blog ini?

Monday, 2 September 2013

Set Gout Shaklee

Apa Itu Sakit Gout?



Serangan gout pada sendi ibu jari kaki


Sakit gout adalah sejenis penyakit sendi yang berpunca daripada pembentukan kristal asid urik di dalam cecair sendi ekoran daripada kandungan asid urik yang tinggi di dalam darah.

Sakit gout akan membawa rasa sakit yang ketara, terutamanya di sendi ibu jari kaki yang bengkak dan merah akibat daripada radang. Jika dibiarkan, ia akan merebak ke sendi-sendi lain sementara menyebabkan hakisan pada permukaan dalaman sendi dan tumbuhnya tophi gout yang keras pada permukaan kulit.

Masalah batu karang pada buah pinggang turut sering berlaku pada penghidap gout. Begitu juga dengan risiko sakit jantung turut bertambah bagi mereka mempunyai kandungan asid urik darah yang tinggi.

Serangan gout adalah kronik dan berpanjangan. Serangan gout tiba-tiba jenis ini dikenalpasti sebagai jenis sakit gout yang berulang-ulang. Semasa sakit itu, sendi akan menjadi bengkak dan rasa berdenyut-denyut, keadaan ini akan berterusan untuk tempoh lebih kurang satu minggu.

Faktor-faktor berikut juga boleh menyebabkan gout:

1. Diet dan berat badan juga salah satu punca keadaan asid urik gout seperti kegemukan, satu diet protein tinggi, alkohol atau rendah kalori dalam diet.

2. Ubat juga mendatangkan asid urik gout. Ia boleh meningkatkan asid urik dalam darah. Anda perlu berhati-hati apabila menggunakan ubat seperti aspirin, diuretics.

3. Orang yang pernah mengalami penyakit ginjal, tekanan darah, kecederaan dan pembedahan berkemungkinan besar boleh mendapat gout.

Tanda-Tanda Sakit Gout

Sakit gout biasanya menyerang ibu jari kaki.
  • Ibu jari yang diserang akan menjadi bengkak kemerahan, panas, dan mengalami sakit yang ketara.
  • Serangan sakit gout biasanya berlaku secara tiba-tiba.
  • Bahagian yang diserang akan menjadi sangat sensitif sehingga tiupan angin pun boleh membawa kesakitan
  • Jika tidak dirawat, bengkat tersebut akan berlarutan berhari-hari sehingga lebih daripada satu minggu.
  • Kemungkinan besar sakit gout akan menyerang kembali selepas beberapa minggu atau bulan.
  • Sakit gout juga boleh menyerang pada sendi-sendi lain seperti lutut, buku lali, pergelangan tangan dan jari-jari.
 

Antara makanan yang patut di elakkan ialah:-
  • Makanan laut seperti ikan, kerang, sardin dan ikan bilis.
  • Sayur-sayuran seperti asparagus, bunga kobis dan bayam.
  • Organ dalaman haiwan seperti paru, hati dan jantung.
  • Daging merah.
  • Cendawan.
  • Yis (roti putih, roti manis).

Bagaimana Shaklee boleh membantu anda?


Pengambilan beberapa supplemen berikut dapat membantu mengurangkan asid urik dalam badan pesakit Gout.

1. Alfalfa - untuk menyingkirkan toksik secara lembut dari badan. Namun pengambilan alfalfa memerlukan pesakit mengambil air yang banyak.

2. Performance drink- memastikan tubuh pesakit sendiri mempunyai kandungan air dan gula yang cukup agar tidak dehydrate.

3. Joint Health Tablet - memberi keselesaan kepada sendi


4. OmegaGuard- Ini sangat penting bagi pesakit yang mengalami gout yang sangat teruk. Omega penting untuk mengelakkan inflamation pada sendi2 pesakit. Ianya sebagai langkah berjaga2 sebelum bengkak itu menjadi lebih teruk.
 

cara nak order senang saja boleh sms/whatsapp sy 012-5305977 atau pm fb page di sini >> https://www.facebook.com/SecretForHealthy

 

Set Resdung Shaklee

Apa itu RESDUNG


Resdung (sinusitis) adalah radang pada lapisan rongga hidung yang memiliki beberapa pasangan iaitu frontal, ethmoid, maxillary dan sphenoif.



TANDA-TANDA RESDUNG

- Hidung selalu tersumbat
- Lendir dari hidung dan tekak
- Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan di antara mata
- Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
- Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
- Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya

PUNCA RESDUNG

1 . ALAHAN

 - Terhadap jenis makanan tertentu , habuk , parasit (demodex) dan kutu.

- Apabila kawan-kawan  mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara di dalam hidung akan membengkak.  Seterusnya ia menyebabkan pergerakan udara tidak dapat dikeluarkan.  Kalau udara itu tidak dapat keluar, ia pastinya akan terkumpul dekat dalam tu.  Kesannya, kulat akan tumbuh dan kawasan dalam hidung menjadi semakin membengkak..  Kawan-kawan  yang pernah mengalaminya pasti tahu tahap kesakitannya.

- Struktur hidung yang tidak normal, yang mungkin diakibatkan oleh tulang hidung retak atau patah ketika kemalangan boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit resdung.  Bagi sesetengah orang yang mempunyai struktur tulang hidung yang "senget" tidak lurus (deviated nasal septum) , risiko untuk mendapat resdung adalah tinggi.

- Kerosakan atau sakit gigi di bahagian atas boleh menyebabkan resdung.  Kuman atau bakteria yang berasal dari kerosakan atau sakit gigi boleh merebak dengan mudah ke rongga sinus dan menyebabkan resdung.  hal demikian kerana kedudukan gigi gusi atas amat berdekatan dengan rongga sinus.  Rongga sinus yang terdapat di dalam tulang pipi ( dikenali sebagai maxillary sinus) merupakan rongga yang paling kerap mendapat sinutisis akibat kerosakan gigi.

- Disamping itu, kajian menunjukkan tabiat menyelam dan menyelam di air sungai atau kolam yang kotor serta laut yang tercemar turut menyumbang dan mengakibatkan penyakit ini.

- Lebih parah lagi, resdung ini boleh merebak ke bahagian mata.  Akibatnya, anda boleh hilang deria penglihatan dan ia juga boleh menjangkiti otak.  Tetapi, resdung tidaklah berjangkit kepada orang lain atau diwarisi oleh keturunan..



PETUA MENCEGAH RESDUNG

1) Elakkan daripada memelihara binatang berbulu di dalam rumah seperti kucing dan arnab
2) Jangan menggunakan sarung bantal, cadar dan selimut yang diperbuat daripada bulu binatang
3) Ringankan tangan kawan-kawan untuk membersihkan carpet/permaidani.  Kalau perlu, gunakan penyedut hampagas (vacuum cleaner) yang berkualiti.
4) Kalau kawan-kawan nak mengemas rumah pakailah penutup hidung.
5)Minum air suam/mineral dengan kadar yang banyak.  Bagus juga amalkan sup panas.
6) Selalulah mencuci dan menjaga kebersihan muka kawan-kawan
7) Kalau kawan-kawan ada alahan terhadap jenis makanan tertentu (contohnya makanan laut, elakkan makan ok)

Dibawah ada petua untuk resdung yang boleh kawan-kawan amalkan.

Amalkan petua ini
 Jika kawan-kawan  ingin lebih mudah...cubalah Set Vitamin Shaklee yang terdiri daripada

1) Alfalfa Complex
2) Vitamin C
3) B Complex

Berikut adalah fungsi setiap vitamin tersebut...

ALFALFA COMPLEX

- Mempunyai kelebihan dalam mengurangkan keradangan sakit itu sendiri
- Ia kaya dengan sumber klorofil dan membantu mengurangkan keradangan terutama akibat dari ekzema, resdung, alergik dan gegata.
* Pesakit SLE tidak digalakkan ambil Alfalfa..

B COMPLEX

- B6 penting untuk pemuliharaan selaput lendir yang sihat dan membantu pengeluaran antibodi badan
- Membantu dalam pembinaan protein dalam tubuh
- Membantu hati menghasilkan glikogen yang diperlukan oleh kulit untuk menyingkirkan sel-sel mati
- Memelihara sistem saraf dan berfungsi sebagai anti-stress

VITAMIN C

- Bertindak sebagai anti-histamin tanpa perlu kita mengalami side effect dari pengambilan drugs anti histamin
- Menstabilkan pengeluaran histamin dalam tubuh
- Membantu mencegah penyempitan tiub bronkiol
- Meningkatkan fungsi T-Cell dan Macrophage (Fungsi sistem pertahanan badan, sel darah putih)
- Meningkatkan pertumbuhan tisu.


cara nak order senang saja boleh sms/whatsapp sy 012-5305977 atau pm fb page di sini >> https://www.facebook.com/SecretForHealthy

Sunday, 1 September 2013

Kenapa Set Penyusuan Shaklee Disukai Ramai?

Semakin ramai ibu2 mengamalkan Set Penyusuan Shaklee dalam menjayakan penyusuan untuk anak2 mereka..

Soalnya, kenapa Set Penyusuan Shaklee begitu istimewa dan disukai ramai ibu-ibu?

Sebenarnya, vitamin dari Shaklee bukannya faktor utama yang menyebabkan pengeluaran susu meningkat. Ibu2 perlulah memahami bahawa vitamin bukanlah salah satu cara untuk membanyakkan susu ibu. Vitamin diambil demi memastikan tubuh ibu sentiasa sihat, bertenaga, ceria dan terus bersemangat dan secara langsung mampu membekalkan susu ibu kepada anak2.

Kejayaan penyusuan antaranya adalah bergantung kepada kesihatan ibu. Konsep asas penyusuan perlulah difahami terlebih dahulu iaitu LEBIH KERAP BAYI DISUSUKAN atau LEBIH KERAP SESI PERAHAN MAKA LEBIH BANYAK SUSUIBU DIHASILKAN.

Pengambilan vitamin akan memberi kesan yang besar dlm dunia penyusuan sekiranya si ibu memenuhi keperluan dibawah dgn penuh DISIPLIN dan KONSISTEN.

1.    Si ibu kerap menyusukan bayi secara langsung ATAU bagi ibu yg bekerjaya membuat sesi perahan yg konsisten setiap 3 jam atau tidak lebih dari itu sehingga payudara benar2 kosong.

2.    Si ibu memasttikan pengambilan air yg seimbang dan secukupya setiap hari iaitu tidak kurang dari 3 liter sehari dan memastikan tidak berdiet dlm menjayakan penyusuan lengkap buat si kecil.

3.    Si ibu juga digalakkan mendekatkkan diri dgn Pencipta demi memastikan keseimbangan keperluan rohani dan jasmani dititikberatkan. Bagi muslim, doa dan zikir sgt digalakkan bukan hanya semasa membuat sesi perahan atau sedang menyusukan bayi tetapi menjadikan amalan rutin agar mudah mencapai gelombang alfa, iaitu ketenangan supaya penyusuan dapat berlangsung dgn lancar.

Di Euphoria Group, kami menawarkan beberapa pilihan set penyusuan iaitu:

Set B Breastfeeding
Vitalea, B Complex, Vita C dan Alfafa
Set E (Set B + Ostematrix)
Vitalea, B Complex, Vita C, Alfafa, dan Ostematrix
Set Tripple M
(Set B + Ostematrix + ESP)
Vitalea, B Complex, Vita C, Alfafa, Ostematrix dan ESP
Set EU Four Pack
Vitalea, B Complex, Vita C, Ostematrix


Untuk mengetahui set mana yang sesuai dgn anda, anda bolehlah merujuk ke entry berikut;
Set Penyusuan Yang mana Yang Sesuai Untuk Saya
Jom kita baca pengakuan para ibu2 yang menggunakan SET SHAKLEE dlm menjayakan penyusuan mereka.
Testimoni dari Pn Aminah Aziz
Testimoni dari Pn Aze Ima
Testimoni dari Pn Nurul Alwani
Testimoni dari Pn Beby
Testimoni dari Pn Shazemma
Saya yakin ramai lagi ibu2 yang diluar sana yang masih tidak terdedah kepada dunia penyusuan. kalau pun ada masih ramai yang tidak tahu cara yang terbaik bagi menjayakan penyusuan. Semoga titipan saya pada kali ini dapat membantu sedikit sebanyak dlm memberi info kepada ibu2 yang dihormati semua.
Sesungguhnya ibu2 yang menyusukan anak mereka merupakan satu tugas yang dimuliakan..insya Allah..

sumber : http://www.hanyasusuibu.com
tqvm....
cara nak order senang saja boleh sms/whatsapp sy 012-5305977 atau pm fb page di sini >> https://www.facebook.com/SecretForHealthy

Saturday, 17 August 2013

Info Darah Tinggi

Salam Aidilfitri buat semua sahabat-shabat.....byk hari dah tak jenguk blog ni...bz raya la...hehe tak dan nak update blog...
ok..hari ni sy nk cerita mengenai DARAH TINGGI....apa itu darah tinggi?...Darah tinggi adalah salah satu pembunuh senyap yang utama. Ia merupakan penyakit yang kurang didiagnos dan dirawat di seluruh dunia sehinggalah hari ini. Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan II menunjukkan bahawa kira-kira 24% penduduk Malaysia menghidap darah tinggi . Kebanyakannya disebabkan oleh pembentukan ‘benteng’ dalam salur darah yang disebabkan oleh kolesterol.
Darah tinggi merupakan satu faktor utama untuk mendapat penyakit kronik lain seperti arteri koronari, cerebrovaskular, arteri periferi dan kegagalan ginjal. Penghidap darah tinggi berisiko untuk mendapat strok atau angin ahmar.
Adakah produk Shaklee dapat merawat darah tinggi? Merawat 100% mungkin tidak, tapi mengawalnya dari menjadi lebih teruk, mengurangkan simptom, serta mengelakkan darah tinggi dari berlaku.





APA PUNCA?

Sebagai penyakit dalam diam, punca2 darah tinggi ni jugak tidak diketahui walaupun selepas berjumpa doktor. Walau bagaimanapun, ia boleh disebabkan oleh:
  • Cara hidup tidak aktif
  • kegemukan
  • umur melebihi 35 tahun
  • tinggi paras kolesterol
  • faktor keturunan / sejarah keluarga
  • pengambilan garam yang tinggi
  • pengambilan alkohol yg berlebihan / merokok
  • uabatan seperti steroid, ubat anti radang bukan steroid  
  • penyakit buah pinggang.

CARA MENGATASI

  

Tekanan darah tinggi boleh dikawal tanpa ubat-ubatan.

Ubah cara hidup boleh mendatangkan kean yang sanagt baik -
  • amalkan pemakanan sihat
  • kurangkan pengambilan garam dan lemak
  • amalkan senaman berkala
  • dapatkan berat badan yang ideal jika berat badan sekarang berlebihan
  • belajar cara mengatasi tekanan secara berkesan
  • berhenti merokok!

Vitamin Shaklee yang disarankan kepada penghidap darah tinggi:-
  • Vitamin Asas iaitu Vitalea, B Complex dan Vita-C –> membekalkan sokongan yang diperlukan oleh sistem imun badan untuk melawan sebarang kesan jangkitan dan mengekalkan kesihatan kardio-vaskular.
  • Vivix--> Tonik AJAIB utk penyakit kritikal.
  • Carotomax, Vita-C dan Vita-E –> gabungan nutrien antioksidan penting untuk mengurangkan risiko penyakit yang terhasil daripada aktiviti radikal bebas.
  • Omega Guard –> merendahkan paras kolesterol tidak baik dan meningkatkan fungsi jantung
  • Garlic Complex –> mengawal jangkitan, menurunkan tekanan darah, menurunkan kolesterol dan memelihara kesihatan selular.
nak order?
sms/whatsapp sy 012-5305977
atau pm fb page https://www.facebook.com/SecretForHealthy

Sunday, 4 August 2013

Tambah Berat Badan Dengan Shaklee Weight Gain Set

Seringkali kita mendengar, terutamanya kaum wanita yang takut pada kegemukkan. Pelbagai cara, pelbagai produk telah dicuba demi mendapatkan potongan badan persis artis...hehehe... Tapi jangan tak tahu ada juga yang komplain badan mereka terlalu kurus. Bila terlalu kurus, tak nampaklah cutting dan jadi tak menarik kata mereka.


Seorang wanita bertanya kepada saya (namanya dirahsiakan). "Sis ada tak produk untuk naikkan berat badan. Anak saya dah 3, tapi badan saya macam tak anak 3 pun. Bukan solid, tapi kurus sangat. Kawan sepejabat pun selalu cakap saya ni tak cukup makan dan kurang zat. Dan saya rasa sangat segan bila suami pun tegur, awak ni dah macam papan saya tengok. Jalan pun melayang-layang je..Malu sis dengan hubby....."

Faktor apa menyebabkan seseorang itu kurus?
  • Memiliki tahap metabolisme yang cepat
  • Pengaruh faktor genetik
  • Keperibadian dan lingkungan sekitarnya
  • Serta beberapa keadaan tertentu yang boleh mempengaruhi tahap metabolisme atau dari hormon tertentu.

Bagi yang memiliki tubuh kurus atau BMI di bawah normal, ada beberapa cara sihat yang boleh dilakukan untuk menaikkan berat badan,iaitu:

1. Makan makanan yang mengandung kalori, vitamin dan mineral tinggi.
2. makan dengan keseimbangan yang tepat, nisbah yang disarankan adalah 60-70 peratus karbohidrat, 10-15 peratus protein dan sejumlah kecil lemak.

Maka Shaklee sarankan 3 jenis supplement yang dapat menaikkan berat badan secara sihat dan semulajadi. Memadai dengan Meal Shake, Vitalea & B-Compleks

1.Meal Shake - Membekalkan 35% atau lebih nilai harian bagi 19 vitamin dan mineral yang penting. sumber yang kaya kalsium, fiber dan protein.Secara basicnya, protin amat penting dalam proses menambah berat badan, kerana pengambilan protin boleh mengisi keperluan tubuh kerana protin adalah asas kepada pemakanan tubuh badan sama ada nak tambah berat , nak kurus, nak cantik..kesemuanya perlukan protin dan antara sebab yg lain ialah, protin membantu penyerapan yg lebih baik ke atas supplement yang kita ambil..

2.Vitalea - membekal 23 jenis vitamin penting bersama iron yang sangat penting dalam pembentukan sel darah merah yang sememangnya diperlukan oleh tubuh badan kita. Supplement penting untuk diet yang mana walau kita kurang makan namun pengambilan vitalea ni banyak membantu memberi badan rasa bertenaga, tidak lesu dan menjadikan kulit yang sentiasa tegang, mengelak pitam dan pening.

3.B-Complex - Mengandungi 8 jenis vitamin B yang penting untuk badan
BComplex sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang), Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu kita berfikiran positif sentiasa.

Jadi jangan rasa rendah diri lagi dengan bentuk badan anda yang terlalu kurus tu ye. Boleh cuba Weight Gain Set / Set Tambah Berat Badan Shaklee ni. Setiap jalan ada penyelesaiannya. Insyaallah,,,

* Jadual pemakanan untuk program penambahan berat badan akan saya bagi exclusive untuk mereka yang membeli set ini dengan saya ye..

Mari lihat testimoni pula

Testimoni 1 ~  2 minggu amalkan Set Weight Gain bearat dah naik 2kg....

Mealshake naik 2kg

Testimoni 2 ~  Minum mealshake 2 minngu, berat badan naik 2kg....

set weight gain/mealshake naik 2kg

Testimoni 3 ~ Lagi minum mealshake, naik 1,8kg.....

mealshake naik 1.8kg



Berminat? Hubungi saya ya..Harga yang ditawarkan SANGAT BERPATUTAN & MAMPU MILIK

untuk sebarang pertanyaan boleh sms/whatsapp 0125305977
 

Tuesday, 30 July 2013

Kebersihan Genital Bayi

my little gugurl safiyya
Bahagian kemaluan bayi adalah kawasan yang sensitif. Ia memerlukan penjagaan rapi bagi mengelakkan daripada berlaku jangkitan kuman.
 
Tidak kira sama ada anak anda bayi perempuan atau pun bayi lelaki, perhatian khusus perlu diberi terhadap genital kerana ketika bayi mereka cenderung buang air besar dan kecil dengan kerap.
 
Menjaga alat sulit bayi lelaki
 
Semasa menukar lampin dan mandi, cuci atau sapu di sekeliling penis dan skrotum bayi untuk membuang sebarang kekotoran yang ada. Selepas menukar lampin, gunakan kain basah atau kapas.
 
Sebenarnya semasa bayi, penis bersih secara semulajadi, jadi jangan menarik kulup penis untuk mencucinya kerana anda tidak dapat menariknya kembali ke tempat asal.
 
Kulup penis bayi terlekat kepada kepala penisnya. Kulup ini akan tercerai daripada penis menjelang usia dua tahun. Tidak perlu cuba menceraikannya sebelum itu kerana anda mungkin mencederakannya.
 
Memaksa kulup ke belakang boleh menyebabkan kekoyakan, dan ini akan mencederakan bayi dan meninggalkan parut. Ia juga mungkin menyebabkan masalah bagi bayi anda di kemudian hari.
 
Jika bayi disunatkan, anda boleh mencuci penisnya semasa mandi. Selepas mandi sapu sedikit jeli petroleum pada penisnya untuk melindungi daripada bergeser dengan lampin.
 
Sesekali biarkan bayi tidak berlampin seketika bagi membolehkan kemaluannya terdedah pada udara dan lebih cepat pulih.
 
Penis bayi yang disunat akan mengambil masa antara tujuh hingga 10 hari untuk pulih. Beberapa hari selepas disunat, penis bayi akan kelihatan merah dan bengkak dan mungkin terdapat lelehan kekuningan.
 
Ia adalah tanda-tanda pemulihan normal. Sekiranya penis bayi mendapat jangkitan, ia mungkin menjadi merah yang tidak berkurangan atau berdarah, dan hujung penis menjadi bengkak. Bayi anda akan merasa sakit apabila kencing. Jika bayi didapati mengalami salah satu tanda tersebut, segeralah rujuk dengan doktor.
 
Menjaga alat sulit bayi perempuan
 
Semasa menukar lampin, gunakan kapas yang dibasahkan dengan air untuk membersihkan alat sulitnya dari arah depan di bawa ke belakang iaitu dari vagina dan uretra (pembukaan melalui mana dia kencing).
 
Sekiranya lampin bayi dikotori dengan najis dan ada sedikit najis memasuki bibir vagina (labia) bayi, lakukan langkah berikut:
 
*Gunakan jari (bersih) anda untuk membuka bibir vagina bayi.
 
*Guna kapas basah, untuk menyapu tempat itu dari atas ke bawah, atau depan ke belakang, di bahagian tengah.
 
*Kemudian, ambil lagi kapas basah bersih, dan cuci kedua-dua sisi labia di sebelah dalam.
 
Membersihkan vagina dari depan ke belakang akan membantu mengelakkan bakteria daripada berpindah dari anus bayi ke vagina dan uretra, dan menyebabkan jangkitan. Apabila memandikan bayi, gunakan kain flanel atau span untuk memercikkan air di sekeliling alat sulit, dan sapu dari depan ke belakang.
 
Dalam beberapa hari pertama, anda mungkin melihat vagina bayi bengkak dan kemerahan, atau dia mengeluarkan lelehan yang jernih, putih atau berdarah sedikit. Jangan panik kerana ia memang perkara biasa dan berlaku disebabkan bayi terdedah kepada hormon ibu semasa masih berada di dalam uterus (rahim) ibu.
 
Tetapi, sekiranya bayi masih mengalami lelehan selepas enam minggu pertama, beritahu doktor anda semasa pemeriksaan pertama selepas sebulan lahir.

Monday, 29 July 2013

Selesema Yang Merimaskan


mama dgn my older brother ihsan
Selesema memang penyakit biasa, namun jika menyerang bayi baru lahir, panik juga dibuatnya apatah lagi jika ia pertama kali berlaku. Bayi akan merengek tanda tidak selesa kerana hidungnya tersumbat. Akibatnya dia sukar untuk menyusu.

Jangan risau kerana jika diserang selesema biasa ia selalunya tidak serius. Para pakar menganggarkan kebanyakan bayi akan menghidapi selesema sebanyak lapan hingga 10 kali dalam masa dua tahun pertama kehidupannya.

Selesema adalah jangkitan bahagian atas saluran pernafasan berpunca dari pelbagai jenis virus. Ia mudah tersebar apabila orang yang selesema bersin dan menyebarkan virus selesema ke udara untuk dijangkiti oleh orang lain. Bayi cenderung untuk dijangkiti dengan mudah kerana semasa lahir sistem imuniti yang berfungsi hanya sebanyak 60 peratus sahaja.

Bayi yang menghidap selesema tidak boleh bernafas melalui hidung kerana tersumbat oleh mukus. Ini membuatkan mereka tidak selesa dan asyik meragam. Jika selesema berlaku di kalangan kanak-kanak, anda boleh memberikan mereka lebih banyak jus buah-buahan yang kaya dengan vitamin C.

Jangan berikan sebarang ubat selesema tanpa berunding dengan pakar pediatrik terlebih dahulu. Berikut cara untuk melegakan ketidakselesaan bayi atau kanak-kanak yang selesema.

*Jika hidung bayi tersumbat, tinggikan bahagian pembaringannya dengan meletakkan tuala di bawahnya. Jangan gunakan bantal untuk meninggikan kepala bayi  kerana ia boleh menyebabkan gejala mati lemas.

*Bayi terlalu kecil untuk menghembus hidungnya sendiri, jadi sentiasa lap hidungnya supaya boleh bernafas dengan lebih mudah.

*Anda juga boleh menggunakan alat penyedut yang banyak dijual di farmasi untuk mengeluarkan mukus yang menyumbat hidung bayi.

Cara terbaik untuk mencegah bayi daripada serangan selesema iaitu berikan si kecil susu ibu sejak dia lahir. Ia dapat melindungi kesihatan bayi kerana selagi bayi menyusu badan, dia mendapat antibodi ibu dan imunisasi secara semula jadi. Sekiranya bayi jatuh sakit, penyakit tersebut ringan dan tidak berpanjangan.

Lindungi bayi daripada ahli keluarga yang sakit turut membantu mencegah jangkitan selesema. Jika mereka yang tidak sihat, pastikan membasuh tangan sebelum menyentuh bayi atau barang-barangnya.

Jika bapa kepada bayi seorang perokok, berhentilah dan elakkan mendedahkan bayi dengan persekitaran asap rokok. Anak yang tinggal bersama perokok berisiko lebih tinggi untuk mudah dijangkiti selesema berbanding bayi yang tidak terdedah kepada asap rokok.

sumber : http://pama.karangkraf.com